PUTRAJAYA: Seorang anak kapal warganegara Malaysia terselamat dalam insiden kapal dagang milik Malaysia iaitu Samudra Indah II tenggelam di kawasan perairan Pulau Con Dao (90 batu nautika dari bandar Vung Tau), wilayah Ba Ria-Vung Tau di Vietnam pada Selasa.

Menurut kenyataan Kementerian Luar (Wisma Putra), warganegara Malaysia itu telah diberikan rawatan lanjut oleh pihak berkuasa Pulau Con Dao.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat perkembangan terkini mengenai insiden itu dan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya," menurut Wisma Putra.

Menurut Wisma Putra rakyat Malaysia di Vietnam yang memerlukan sebarang bantuan konsular boleh berhubung dengan Konsulat Jeneral Malaysia di Ho Chi Minh City di alamat No 109 Nguyen Van Huong, Thao Dien Ward, Thu Duc City Ho Chi Minh City, Vietnam atau dengan menelefon +84 (0) 28-3829 9023 atau +84 (0) 76 564 9660 (untuk kecemasan) atau menerusi alamat emel [email protected]

-- BERNAMA