awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rangka manusia di rumah terbiar bongkar misteri kehilangan lima beranak
Pameran 'Tunku Negarawan Ulung: Pengasas Negara Bangsa' kini dibuka di Muzium Negara
Gobind tersenarai dalam "2026 Tech Diplomacy Global 50"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Myanmar didakwa bunuh lelaki senegara

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
04/04/2022
05:55 MYT
Warga Myanmar didakwa bunuh lelaki senegara
So To Nay (tengah) didakwa telah melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang lelaki Myanmar yang dikenali sebagai So Ko. - Gambar Astro AWANI
GERIK: Seorang lelaki warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Gerik, Perak pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang lelaki senegaranya, bulan lepas.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan apabila pertuduhan terhadap So To Nay, 26, dibacakan di hadapan Majistret Norhayati Mohammad Nasroh.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah melakukan bunuh menyebabkan kematian seorang lelaki Myanmar yang dikenali sebagai So Ko.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Lot 9256 Padang Sembai, Mukim Gerik antara jam 12.30 tengah hari hingga 3.30 petang, 19 Mac lepas.
Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bersama seorang lagi lelaki Myanmar, Min Aye Min Win, 34, turut didakwa di bawah Seksyen 6 (I) (C) Akta Imigresen 1959/ 63 kerana memasuki Malaysia tanpa memiliki pas yang sah.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di kebun getah Padang Sembai, kira-kira pukul 4.30 petang, 21 Mac lepas.
Jika sabit kesalahan mereka boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga tidak lebih enam sebatan.
Tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh.
Mahkamah juga menetapkan 17 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi memanggil jurubahasa Myanmar.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Fairoz Abd Mutalib manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#warga myanmar
#bunuh lelaki senegara
#Mahkamah Majistret Gerik
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan