awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 500,000 sertai perarakan pro-Palestin di Jambatan Galata, Istanbul pada Tahun Baharu
22 cedera dalam letupan bom tangan semasa sambutan Tahun Baharu di selatan Filipina
Puluhan maut, kira-kira 100 cedera dalam kebakaran bar di Switzerland
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Warga Pakistan didakwa liwat budak lelaki lapan tahun

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
11/06/2021
04:56 MYT
Warga Pakistan didakwa liwat budak lelaki lapan tahun
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes untuk mendapatkan jurubahasa Urdu. - Astro AWANI
BUTTERWORTH: Seorang buruh kontrak warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun bulan lepas.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak faham bahasa Melayu dan memberitahu hanya memahami bahasa Urdu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Noor Aini Yusof.
Mengikut pertuduhan, Ali Asghar, 20 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu di ruang tamu sebuah rumah flat di Jalan Perai Jaya, Pulau Pinang pada jam 2 petang 27 Mei lepas.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Fazliyana Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 19 Julai depan untuk sebutan semula kes untuk mendapatkan jurubahasa Urdu.
Media sebelum ini melaporkan, seorang murid lelaki menjadi mangsa amang seksual seorang lelaki warga Pakistan.
Perbuatan terkutuk lelaki berusia 20 tahun itu terbongkar selepas mangsa berusia lapan tahun menceritakan kejadian hitam diliwat lelaki itu kepada bapanya.
Susulan laporan polis dibuat bapa mangsa, lelaki Pakistan itu berjaya diberkas polis.
Topic Berkaitan
#warga Pakistan
#amang seksual
#liwat
#Kanak-kanak
#Mahkamah Sesyen
#Butterworth
#pulau pinang
#Akta Kesalahan-kesalahan Seksual
#jenayah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan