KUALA LUMPUR: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) diseru agar melaksanakan tugas secara profesional dan memberikan perkhidmatan bertunjangkan integriti dan tatakelola yang baik.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dalam perutusan sempena Hari Polis ke-217 yang bakal disambut 25 Mac ini berkata dengan mengekalkan tema 'Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada' dalam sambutan kali ini, seluruh warga PDRM sentiasa sedia berkhidmat memikul mandat dan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Kepada seluruh warga Sang Saka Biru, marilah sama-sama kita memperbaharui sumpah taat setia kepada Raja dan Negara, serta berikrar untuk memastikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara terus terpelihara," katanya dalam perutusan itu yang dimuat naik di portal rasmi PDRM.
Razarudin berkata demi kesejahteraan seluruh keluarga Malaysia Madani, PDRM turut menzahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat.
Beliau turut mengucapkan penghargaan tertinggi kepada Kerajaan Malaysia, Kementerian Dalam Negeri, pasukan-pasukan sahabat serta semua pihak yang sentiasa menyokong PDRM.
"Semoga hubungan baik serta jalinan kerjasama erat ini dapat terus diperkukuh ke arah mencapai satu matlamat yang sama demi memastikan kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara kekal terpelihara," katanya.
Beliau berkata jalinan akrab dengan masyarakat sebagai rakan strategik terpenting PDRM telah membantu polis dalam usaha pencegahan jenayah sekali gus membentuk masyarakat yang bertanggungjawab dan cintakan keamanan.
Razarudin turut melahirkan penghargaan buat seluruh warga PDRM kerana berbakti sebagai wira-wira negara yang menjadi tunjang utama kekuatan pasukan.
"Bersempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis kali ini, saya mengajak seluruh warga Pasukan untuk pasakkan tekad dan bulatkan iltizam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik, demi kemaslahatan agama, bangsa dan nusa tercinta," katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pasukan itu berazam untuk memperbaiki kelemahan dan berikrar akan memberikan khidmat terbaik kepada masyarakat sempena sambutan itu.
Beliau berkata selain memperbaiki kelemahan, beliau juga berharap Sang Saka Biru mampu memperkemas tatakelola dalam pasukan.
"Memanglah ada sedikit kekurangan...itu biasa, kita akan perbaiki kelemahan ini dan kita berikrar untuk beri khidmat terbaik kepada masyarakat," katanya kepada pemberita pada Majlis Iftar dan Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Madrasathul Faridiyah di Sri Rampai di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) Datuk Jawahar Ali Taib Khan yang juga pengerusi madrasah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 22 2024
PDRM turut zahirkan kesediaan untuk mengerah segala kudrat dan keringat dalam mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahteraan masyarakat. - Gambar fail/Bernama
Mayat lelaki ditemui di sempadan Mexico- AS, cetus ketakutan migran lain
Pejabat pendakwa raya di utara Mexico menyiasat kematian seorang migran di sebuah lokasi bersempadan dengan Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Kejayaan bidaan Brazil bermakna edisi ke-10 kejohanan ini akan diadakan di Amerika Selatan buat kali pertama.
'Malaysia antara negara paling aman, namun jangan ambil mudah' - Zahid Hamidi
Insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi semalam sehingga mengorbankan dua anggota polis tidak boleh diambil mudah walaupun negara berada dalam keadaan aman.
Banjir kilat Perak: 'Rumah hanyut, kenderaan tenggelam'
Banjir kilat yang berlaku di tiga daerah di Perak, bermula malam Khamis turut menyebabkan sebuah rumah di Kampung Jelutong, Bukit Gantang dihanyutkan arus deras.
'Saya minta maaf kerana bebankan mak' - Fatiya Latiff dedah hidap skizofrenia
Fatiya, 36, berkata, dia berterima kasih kepada ibunya, Badriyah Hassan dan memohon maaf kerana penyakit tersebut membebankan
Korea Utara uji peluru berpandu taktikal teknologi navigasi baharu
Korea Utara pada Sabtu berkata ia telah melancarkan peluru berpandu balistik taktikal yang dilengkapi dengan sistem navigasi "autonomi" baharu dalam usaha untuk meningkatkan keupayaan senjatanya.
JPJ laksana operasi, kesan syarikat, individu, sewakan kenderaan kepada warga asing tanpa lesen
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan operasi mengesan syarikat dan pemilik kenderaan yang menyewakan kenderaan mereka kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu sah serta insu
Suri rumah rugi lebih RM15,000 terperdaya tawaran kerja 'review' hotel
Seorang suri rumah di sini kerugian RM15,850 selepas terperdaya dengan iklan tawaran kerja 'review' hotel daripada sebuah syarikat yang menjanjikan komisen tinggi.
Isu All Eyes on Rafah: 'Janganlah tutup periuk nasi saya' - Ning Baizura
Ning turut menegaskan dirinya antara selebriti yang aktif menyalurkan sumbangan untuk Gaza dan bersolidariti untuk Palestin.
Dua lelaki bawa parang ditahan cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki warga tempatan ditahan kerana disyaki terlibat kes cubaan menceroboh Istana Negara, semalam.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: JI masih ada saki-baki di Asia Tenggara
Professor Datuk Muhammad Nur Manuty berkata, insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram menunjukkan bahawa kumpulan Jemaah Islamiyah masih mempunyai saki baki ahli di Asia Tenggara.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: ABIM gesa rakyat bertenang, serah siasatan kepada PDRM
ABIM menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada PDRM serta pihak berkuasa berkaitan.
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Kes Faisal Halim: Polis nafi tangkap suspek ketiga
Polis menafikan dakwaan ada tangkapan suspek ketiga membabitkan kes simbah asid terhadap tonggak pasukan bola sepak kebangsaan, Faisal Halim.
Kes Faisal disimbah asid: Polis tunggu hasil analisis cap jari suspek
Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, semakan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek ada menyentuh beberapa kawasan serta tempat di lokasi kejadian.
Polis hubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC
Polis mengesahkan telah menghubungi dua pengurusan tertinggi Selangor FC untuk diambil keterangan susulan laporan dibuat sebelum ini.
Akaun IG dakwa ada maklumat kes simbah asid Faisal Halim adalah palsu - PDRM
PDRM mengenal pasti bahawa akaun IG Muhammad Imran Suresh, yang mendakwa memiliki maklumat berkaitan kes kejadian simbah asid pemain skuad kebangsaan adalah palsu.
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu jadi cabaran global - Ayob Khan
Penyalahgunaan bahan psikoaktif baharu (NPS) yang semakin mudah diperoleh melalui internet, turut menimbulkan kebimbangan berikutan kesan serius terhadap pembangunan sosial dan ekonomi.