JOHOR BAHRU: Bapa Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi, Azhar Khaiden, tidak akan menghalang anaknya yang lain untuk menjadi anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun seorang daripada mereka telah terkorban ketika bertugas.
Azhar, 54, guru di Sekolah Kebangsaan Felda Sungai Kelah, Sungkai, Perak berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.
"Dia anak yang baik dan memang mahu jadi seorang anggota polis sejak kecil. Saya tidak terkilan kerana abangnya juga seorang polis di Sabah, adik perempuannya pula akan hadir temu duga polis pada Isnin ini. Semoga si adik akan menggantikan tempat abangnya suatu hari nanti.
"Kalau kita menangis keluar air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi dan yang masih ada perlu teruskan kehidupan, semua kita ini milik Allah," katanya kepada pemberita di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail di sini hari ini.
Guru mata bagi subjek matematik dan sejarah itu berkata dia mendapat panggilan mengenai kejadian yang menimpa Ahmad Azza Fahmi, 22, pada 2.53 pagi sebelum bergegas ke Johor Bahru.
"Pihak berkuasa ada undang-undang dan saya serahkan perkara ini kepada Yang Maha Esa, sedih yang saya rasakan hanya simpan di dalam hati, di luar mungkin tidak nampak. Kenangan yang ada bersamanya akan terus abadi namun naluri seorang bapa, apabila anak jadi seperti ini pastinya sedih," katanya.
Azhar berkata kali terakhir dia bertemu Ahmad Azza Fahmi ialah pada Ramadan lepas ketika anaknya itu pulang ke rumah mereka di Perak.
"Ketika Aidilfitri, dia tidak dapat bercuti kerana perlu bertugas, kita faham dia orang baharu dan waktu cuti lima hari pada Ramadan, Arwah dapat meluangkan masa bersama keluarga di rumah.
"Waktu bertemu, dia tidak menunjukkan apa-apa perubahan, malam semalam kami berbual seperti biasa di dalam kumpulan WhatsApp ahli keluarga, jadi agak terkejut terima berita ini pagi tadi secara tiba-tiba," katanya sambil menambah jenazah Ahmad Azza Fahmi dikebumikan di Kampung Poh, Bidor esok.
Terdahulu, Azhar tiba bersama isteri, Nurhaliza Awaluddin, serta beberapa anaknya di pekarangan Jabatan Forensik pada 6.45 petang.
Ahmad Azza Fahmi dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera dalam kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram pada 2.45 pagi.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek lelaki yang ditembak mati dalam insiden itu dipercayai ahli Jemaah Islamiyah.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024
Bapa mangsa anggota polis yang ditembak, Azhar Khaiden, 54, tiba untuk melihat jenazah anaknya, Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) hari ini. - Foto BERNAMA
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Polis mengenal pasti suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram semalam tiada kaitan dengan kumpulan pengganas.
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi selamat dikebumikan
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar yang maut dalam serangan Balai Polis Ulu Tiram di Johor, selamat dikebumikan pada 6.43 petang tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Poh, Bidor.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Konstabel Muhamad Syafiq kebanggaan keluarga - Abang
Abdul Salam berkata, adiknya memang bercita-cita untuk menjadi anggota polis dan mereka sekeluarga memberikan sokongan terhadap perkara itu.
Singapura kutuk sekeras-kerasnya serangan Balai Polis Ulu Tiram - Kementerian Luar
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Polis siasat ancaman Jemaah Islamiyah dalam negara
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sejauh mana ancaman daripada Jemaah Islamiyah (JI) di dalam negara ketika ini, susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor awal pagi tadi.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.
Serangan balai polis: Bapa konstabel Ahmad Azza Fahmi reda, tak halang anak lain jadi polis
Azhar Khaiden berkata dia reda dengan kejadian yang menimpa anak keempatnya daripada lapan beradik itu.