awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia
Cristiano Ronaldo tidak beraksi bersama Al Nassr untuk perlawanan kedua berturut-turut
Hoe Yean raih emas 200m gaya bebas di MIAG
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali terima pencen penakat

Bernama
Bernama
29/12/2022
04:54 MYT
Waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali terima pencen penakat
Waris mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor baru-baru ini, akan menerima pencen penakat bermula bulan depan. - Gambar fail
ALOR GAJAH: Waris Lai Chee Sam, 33, mangsa tragedi tanah runtuh Batang Kali, Selangor baru-baru ini, akan menerima pencen penakat bermula bulan depan, kata Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem.
Beliau berkata, pencen penakat berjumlah RM847.60 itu akan dibayar kepada bapa mendiang Chee Sam iaitu Lai Hua Keong, 54, dan ibunya, Chia Eet Loun, 51, sepanjang hayat mereka.
"Waris mangsa juga layak mendapat Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM2,000 secara sekali beri," katanya kepada pemberita pada program Skuad Prihatin Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Melaka yang turut dihadiri Pengarah Perkeso Melaka, Abd Razak Omar di Kampung Permai, di sini, hari ini.
Ngwe berkata, mendiang Chee Sam layak menerima pencen penakat tersebut selepas memenuhi syarat kelayakan penuh apabila mula mencarum dengan Perkeso pada 1 Jun 2018.
Beliau berkata, pencen penakat berkenaan diharap dapat meringankan beban keluarga Chee Sam yang kehilangan anak sulung daripada tiga beradik dalam tragedi tersebut.
Dalam tragedi berkenaan, selain Chee Sam, Hua Keong turut kehilangan menantunya, Lai See Tin, 33, serta dua cucu iaitu Giselle Lai Yu Xi, 6, dan Jonas Lai Ze Kai, 2.
Sementara itu, Abd Razak berkata, majikan perlu membuat caruman dengan Perkeso bagi setiap pekerja yang digajikan mereka bagi memastikan pekerja sentiasa dilindungi.
Beliau berkata, mana-mana pekerja boleh membuat aduan kepada Perkeso jika majikan enggan mencarum dengan agensi berkenaan. - BERNAMA
Ikuti laporan terkini di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#batang kali
#waris mangsa
#Pencen Penakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan