SEREMBAN: Mahkamah Koroner Seremban pada Selasa diberitahu baju dan seluar yang dipakai Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa hanya diserahkan kepada polis selepas dua bulan kematiannya.
Saksi ke-20 prosiding inkues bagi menentukan punca kematian bayi prempuan itu, iaitu Pegawai Turus Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Chong Meei Chyi berkata, beliau telah mengambil pakaian Syifaa pada 8 April 2022 dengan pergi ke rumah ibu bapanya di Sendayan.
Beliau memberitahu, Koroner, Datin Surita Budin telah membuat rampasan pakaian tersebut kerana telah dimaklumkan oleh waris yang pakaian si mati masih berada di bawah kawalannya.
Pengarah Pendakwaan Negeri Sembilan, Badius Zaman Ahmad mempersoalkan sama ada prosedur biasa selepas dua bulan barang kes baru dirampas.
Meei Chyi menjelaskan yang ia bukan prosedur biasa tetapi sebagai pegawai pemantau atau penyelia dalam kes itu beliau hanya mengetahui perkara berkenaan setelah dimaklumkan oleh pihak waris.
"Waris ada beritahu yang pegawai penyiasat kes tidak buat rampasan daripada mereka dan saya sebagai pegawai pemantau yang menerima maklumat ini telah bertindak membuat rampasan untuk siasatan lanjut.
"Saya tidak terlibat dalam siasatan tetapi memberi bantuan kepada pegawai penyiasat kes," katanya.
Peguam mewakili keluarga Syifaa, Gaithri Thomas turut mempersoalkan perkara sama kerana katanya, menjadi tugas pegawai penyiasat untuk mengambil barang kes secepat mungkin dan bukannya menunggu sehingga dua bulan.
"Apakah alasan diberi oleh pegawai penyiasat, kenapa dia tidak mengambil pakaian itu sendiri? Kenapa mengarahkan puan?" soalnya.
Kata Meei Chyi, beliau tidak pasti dan ketika menerima barang kes tersebut ia berada dalam keadaan baik dan dimaklumkan waris baju dan seluar tersebut masih belum dibasuh.
Pada prosiding yang bersambung jam 2.30 petang, peguam Hafiz Norkhan yang turut mewakili keluarga Syifaa pula mempersoalkan yang Meei Chyi tidak menyelia siasatan kes secara menyeluruh.
Ia selepas Meei Chyi menjelaskan antaranya yang dia tidak cuba mendapatkan keputusan laporan kimia, tidak membaca laporan forensik sebaliknya hanya keterangan pakar forensik.
Bagaimanapun Meei Chyi tidak bersetuju dan memberitahu berpuas hati dengan siasatan dilakukan.
Sementara itu, saksi ke-21, pemilik dan pengasuh kedua taska, Nadzirah Ahmad Damanhuri, 30, berkata, pada awalnya dia menyangka Syifaa hanya pengsan dan meminta kakaknya (Khairulnisa) untuk terus membawa bayi tersebut ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
"Lebih kurang jam 5 lebih, kakak saya telefon dan beritahu Syifaa telah meninggal dunia. Dia pun tak cerita lebih lanjut kerana waktu itu ada ibu bapa yang mahu mengambil anak.
"Saya hanya tahu kejadian sebenar menimpa Syifaa daripada kakak ketika dalam perjalanan ke balai polis. Kakak ceritakan dalam keadaan menangis," katanya.
Nadzirah juga memberitahu ketika taskanya beroperasi di premis pertama, ibu Syifaa pernah berpesan kepada kakaknya, Khairulnisa supaya tidak membenarkan ayah Syifaa mengambil anak sulung mereka pada waktu itu, Nour Raysha Medina.
"Bila saya ingat balik, kakak saya ada cerita pada waktu itu lebih kurang tahun 2017 atau 2018 yang ibu Syifaa pesan jika ayah dia nak ambil jangan bagi.
"Kakak pun pesan kepada saya supaya kunci mangga pagar kerana selalunya kami hanya kunci mangga pintu depan saja," katanya.
Jelasnya, dia tidak pasti kenapa ibu Syifaa berpesan demikian dan tidak bertanya lanjut.
Tambahnya, di premis taska kedua, kakak Syifaa hanya dihantar ke taska tersebut secara transit.
Prosiding kes akan bersambung pada Rabu dengan memanggil sekali lagi Nadzirah dan dua ahli kimia.
Sebelum ini, media melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui tidak sedarkan diri di dalam buaian di sebuah bilik di pusat asuhan di Taman Nusari Aman, Bandar Sri Sendayan pada 22 Februari 2022.
Pada 30 Mac 2022, bapa bayi itu mendakwa anaknya dijerut dan bukan meninggal dunia disebabkan kepala terjerut pada kain buaian. -- Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Mar 21 2023
Pegawai Turus Bahagian Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Asisten Superintendan Chong Meei Chyi menjadi saksi ke-20 prosiding inkues. - Foto Sinar Harian
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Waris serah baju Baby Syifaa selepas dua bulan
Mahkamah diberitahu baju dan seluar yang dipakai Nour Rania Asyifaa Yuseri atau Baby Syifaa hanya diserahkan kepada polis selepas dua bulan kematiannya.
Kanak-kanak maut leher terjerut kain buaian
Mangsa sebelum itu ditidurkan dalam buaian oleh pengasuh di dalam sebuah bilik, sebelum keluar bagi melakukan tugas-tugas lain.