Catatan berupa surat terbuka buat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tersebar di media sosial sejak Jumaat lalu.
Surat sembilan perenggan bertajuk Warkah Terbuka Warga Jasa Buat Tun itu dipercayai ditulis mewakili kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) yang akan diberhentikan selepas jabatan itu dibubarkan berkuat kuasa esok.
“Beberapa hari sahaja lagi riwayat kami akan berakhir sebagai penjawat awam atas arahan Tun. Semakin dekat tarikh 15 Oktober hati semakin gundah-gulana kerana bakal kehilangan satu-satunya punca rezeki untuk menampung keluarga.
“Dengan faktor umur 40 tahun ke atas, siapalah yang hendak menggajikan kami sebagai pekerja mereka, kami perlu bersaing dengan adik-adik yang jauh lebih muda daripada kami.
“Sehingga kini, kami masih lagi tertanya-tanya apa salah dan dosa kami sehinggakan Tun tergamak untuk memberi arahan menamatkan kontrak kami?,” tulis surat tersebut.
Mereka juga menjelaskan bahawa pekerjaan yang mereka perolehi itu bukan melalui lantikan sebaliknya melalui Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) serta melalui proses temuduga yang ketat.
Dalam surat itu juga, mereka menuntut janji Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang mahu menyerap kakitangan terlibat dalam agensi di bawah kementerian.
“Kami merasakan diri kami adalah mangsa mainan politik. Apabila kami sudah diterima bekerja, kami hanya menurut perintah.
“Kami tidak boleh mengatakan tidak kepada arahan yang diberi. Jika tidak mengikut arahan akan diambil tindakan tatatertib dan boleh dibuang kerja.
“Kami berkhidmat untuk kerajaan hari ini. Tahukah Tun bahawa kami merupakan benteng di hadapan yang mempertahankan kerajaan yang ada? Kami merupakan pejuang-pejuang yang berada di belakang kerajaan untuk menyampaikan segala dasar-dasar negara kepada rakyat,” katanya.
Mereka juga turut mengingatkan soal penubuhan jabatan itu dilakukan ketika Tun Mahathir menjadi perdana menteri ke-4.
Malah mereka turut mempertikaikan tindakan memberhentikan kakitangan demi menyelamatkan kewangan negara.
“Apakah tindakan ini adalah untuk menyelamatkan kewangan negara? Kalau ya, kenapa pula kami menjadi mangsa? Kami terpaksa berdepan dengan persepsi negatif orang ramai yang mengatakan kami lantikan politik dan patut diberhentikan.
“Tun, di antara kami ini ada yang merupakan ibu tunggal, suami dan bapa yang menjadi satu-satunya punca rezeki keluarga. Terdapat juga yang menghidap menyakit kronik dan memerlukan rawatan susulan setiap bulan. Dimanakah belas ihsan Tun kepada kami?,” katanya.
Namun katanya, mereka tetap menaruh harapan agar Tun Mahathir berlembut hati dan memberi sinar harapan kembali buat mereka sekeluarga.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa agensi dan jabatan akan dibubarkan termasuk Jasa, Majlis Profesor Negara (MPN), Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP).
Beliau menyifatkan Jasa dan JKKP perlu dibubarkan kerana ia berunsur politik.
Sinar Harian
Sun Oct 14 2018
Catatan berupa surat terbuka buat Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah tersebar di media sosial sejak Jumaat lalu.
22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu
Sekurang-kurangnya 22 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza pada Sabtu, menurut petugas perubatan Palestin.
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam kerajaan perpaduan.
GRS Kekal Teruskan Kerjasama Dengan PH Sabah Hadapi PRN Ke-17 - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi bayangan untuk kekal terus bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17.
Gabungan dalam kerajaan kana hormat parti lain
Parti dalam gabungan kerajaan perlu saling hormat menghormati bagi memastikan keharmonian tidak terjejas.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, keharmonian adalah kekuatan kerajaan perpaduan yang sedia terjalin sebelum ini.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional (PN), kata Ahmad Zahid.
Operasi khalwat: Tidak wajar rakam guna kamera telefon peribadi - Peguam
Menurut Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang pegawai penguat kuasa agama hanya boleh membuat rakaman untuk tujuan siasatan atau prosedur mahkamah.
Kenaikan tambang feri ke Langkawi bagi warga Malaysia dibatalkan
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd membatalkan kenaikan kadar tambang feri yang dijadualkan dikuatkuasakan 1 Januari depan susulan nasihat Kementerian Pengangkutan (MOT).
PM Thailand ke Putrajaya esok, perkukuh hubungan dua hala
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi pertamanya ke Malaysia sejak memegang tampuk kerajaan pada Ogos lalu atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Elaun kekal RM8 sehari, tak wajar bincang sekarang - Khaled
Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengekalkan kadar elaun RM8 sehari untuk peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang akan bermula bulan depan.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, kenaikan elaun itu tidak wajar dibangkitkan ketika ini berikutan program berkenaan belum bermula.
[TERKINI] SAPP bebas membuat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan Nasional.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Kementerian Digital akan teliti struktur NAIO untuk masa depan teknologi
Kementerian Digital akan meneliti secara spesifik mengenai struktur Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan di bawah seliaan MyDigital Corporation yang akan dilancarkan pada 12 Disember ini.
Kos pembangunan RM16.5 bilion DNB tidak libatkan dana kerajaan - Gobind
Kementerian Digital hari ini menegaskan kos berjumlah RM16.5 bilion untuk Digital Nasional Bhd (DNB) membangunkan dan menyelenggara rangkaian 5G pertama selama 10 tahun tidak melibatkan dana kerajaan.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Kerajaan lulus RM141.72 bilion pelaburan digital sehingga Oktober 2024 - Gobind
Sebanyak RM141.72 billion pelaburan digital diluluskan kerajaan dalam tempoh Januari hingga Oktober 2024, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
Gobind akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, mainkan peranan penting dalam kepimpinan negara - Loke
Meskipun gagal memperoleh jawatan dalam pemilihan parti DAP Selangor 2024-2027 semalam, Gobind Singh Deo akan terus mewakili DAP dalam Kabinet, kata Setiausaha Agung parti Anthony Loke.
Penubuhan Kementerian Digital satu cabaran, namun gerak kerja berjalan baik - Gobind
Penubuhan Kementerian Digital menjadi satu cabaran kerana ia sesuatu yang baharu, namun semua gerak kerja berjalan dengan baik.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Malaysia minat jalin kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center - Gobind
Malaysia intai peluang kerjasama dengan Barcelona Supercomputing Center yang membangunkan pengkomputeran berprestasi tinggi di Sepanyol dan seluruh Eropah.
Malaysia perkukuh kerjasama dengan EU bagi pembangunan bandar pintar
Gobind berkata melalui pelbagai inisiatif kerajaan, sasaran untuk mencapai 25.5 peratus sumbangan ekonomi digital kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dapat dicapai.