awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki

Bernama
Bernama
04/03/2025
12:00 MYT
Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata lelaki terbabit dibebaskan selepas tempoh remannya tamat hari ini.
"Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan siasatan masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama sambil menambah pihaknya akan memanggil beberapa individu lain bagi membantu melengkapkan siasatan.
Beliau berkata kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum diserahkan kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.
Semalam, Azam dilaporkan berkata penahanan wartawan lelaki itu dibuat berhubung dakwaan kes rasuah dan bukannya mengenai sebarang laporan berita yang ditulisnya, serta disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Wartawan tersebut disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM20,000 sebagai balasan menurunkan artikel yang dimuat naik, serta tidak menulis lagi tentang sebuah agensi pekerja asing yang didakwa terbabit dalam sindiket.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan portal berita
#SPRM
#dibebas
#Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan