PUTRAJAYA:Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai terutamanya yang tinggal di kawasan rendah serta berisiko banjir supaya mengambil langkah persediaan bagi mencegah sebarang kemalangan berpunca daripada elektrik.
Suruhanjaya itu dalam kenyataan berkata sebelum banjir, orang ramai perlu mematikan bekalan masuk utama ke rumah di papan agihan dengan meletakkan suis utama pada kedudukan 'OFF'.
"Pastikan semua suis dalam keadaan 'OFF' dan cabut palam kuasa daripada soket kuasa semua kelengkapan elektrik serta simpan kelengkapan elektrik di tempat yang tinggi dan selamat daripada ditenggelami atau terkena air banjir," katanya.
Semasa banjir pula, orang ramai perlu mengelak daripada melalui kawasan yang ada talian elektrik kerana paras air yang tinggi akan menyebabkan talian tersebut mudah disentuh, terutamanya pada waktu malam kerana ketika itu penglihatan tidak begitu jelas.
Selain itu, ST berkata orang ramai juga perlu menjauhkan diri dari lokasi terdapat talian elektrik yang jatuh atau putus bagi mengelak daripada renjatan elektrik akibat talian yang masih berarus elektrik.
Selepas banjir, katanya orang ramai diminta berhati-hati kerana kelengkapan elektrik dan pepasangan elektrik yang ditenggelami air berpotensi mendatangkan bahaya kerana ia boleh mengalirkan arus elektrik di kawasan persekitaran dan menyebabkan kehilangan nyawa dan harta benda.
Orang ramai perlu memastikan semua kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa dan berada dalam keadaan kering dan baik sebelum digunakan semula dan elak menggunakan kelengkapan yang diragui keselamatannya, katanya.
Sebelum 'ON' suis utama, pengguna perlu memeriksa semua pendawaian rumah dan kelengkapan elektrik dan ia hendaklah dilakukan oleh kontraktor elektrik yang berdaftar dengan ST.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 25 2020
Orang ramai perlu memastikan semua kelengkapan elektrik yang terendam di dalam air diperiksa dan berada dalam keadaan kering dan baik sebelum digunakan semula. - Gambar hiasan
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Banjir: Suruhanjaya Tenaga nasihat utamakan keselamatan libatkan elektrik, gas
Suruhanjaya Tenaga (ST) mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada serta mengutamakan keselamatan dalam penggunaan elektrik dan gas semasa musim banjir yang melanda negara ketika ini.
PETRA Skuad: Melaka jadi lokasi pertama jelajah transformasi tenaga dan air
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) memulakan siri jelajah sulungnya, PETRA Skuad Zon Selatan, dengan Melaka menjadi lokasi pertama yang disinggahi.
Malaysia cadang guna nuklear sebagai sumber tenaga negara pada masa depan - Rafizi
Malaysia bercadang untuk menggunakan penjanaan tenaga nuklear sebagai salah satu sumber tenaga negara pada masa hadapan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Banjir: Orang ramai diminta ambil langkah keselamatan elektrik dan gas
Orang ramai perlu mengambil langkah-langkah pengawasan sebelum banjir, semasa dan selepas banjir.
Suruhanjaya Tenaga keluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk CRESS - PETRA
PETRA berkata, mana-mana pihak yang berminat boleh memuat turun garis panduan CRESS melalui laman sesawang Suruhanjaya Tenaga.
Aidilfitri: Orang ramai dinasihat utamakan keselamatan elektrik dan gas - ST
Orang ramai dinasihatkan supaya mengutamakan keselamatan elektrik dan gas menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Suruhanjaya Tenaga, SME Corp Malaysia meterai MoU untuk bangunkan PMKS
MoU bertujuan untuk memperluas dan meneruskan hubungan kerjasama terutamanya dalam perancangan dan pelaksanaan program-program untuk PMKS.
MyPower Corp kaji pembaharuan tarif elektrik - Fadillah
MyPower Corp sedang mengkaji untuk melakukan pembaharuan struktur tarif elektrik.
Syarikat kendali EVCS terbakar di Johor beroperasi tanpa lesen - ST
Syarikat yang mengendalikan stesen pengecas kenderaan elektrik (EVCS) di Johor yang terbakar 31 Dis lepas didapati beroperasi tanpa lesen.
Stesen Janakuasa Hidro Tenom Pangi di Sabah beroperasi semula Mac ini
SJHTP milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dijangka beroperasi semula pada Mac ini setelah turbin penjana Unit 3 yang berkapasiti 22MW dapat dipulihkan sepenuhnya.