Pemimpin UMNO perlu lebih berhati-hati semasa memberi ulasan berhubung isu politik kerana dikhuatiri jawapannya akan memberi kesan buruk kepada parti.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan, ada pemimpin yang seronok berhujah menyerang pihak lawan tanpa berhati-hati dan tanpa disedari kesannya akan terpalit kepada parti.
"Ia akan memberi ruang kepada pihak lawan untuk menyerang balas. Situasi sebegini dikhuatiri hanya menambah kebencian sesetengah pihak terhadap UMNO dan jika berpanjangan boleh mempengaruhi sikap pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Pemimpin UMNO perlu mencari kaedah yang lebih berkesan untuk meyakinkan rakyat betapa pemimpin parti sentiasa komited terhadap permasalahan mereka.
"Sebagai contoh, UMNO perlu memperhebatkan gerakan perang saraf termasuk menerusi laman-laman sosial bermula di peringkat bahagian untuk memperbetulkan persepsi dan tohmohan pembangkang," katanya dalam catatan terbaharu di laman blog umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Tegasnya, kekuatan lebih 190 bahagian UMNO dalam jentera siber mampu melenyapkan kemampuan serangan pembangkang.
Menurutnya, dengan jentera melebihi 190 bahagian tentera siber UMNO dilihat lebih daripada berkemampuan untuk mempertahankan kedudukan Presiden dan Timbalan Presiden parti daripada menjadi serangan pihak musuh.
"Bagaimanapun, kita kena jujur untuk berdepan dengan akar umbi, tidak perlu kita berbicara begitu lunak sekali sekadar untuk mengangkat diri supaya dilihat popular," tegasnya.
Menurutnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, apa juga penjelasan atau kesimpulan bersabit sesuatu isu yang diutarakan oleh pemimpin UMNO perlu dilihat konsisten, munasabah dan boleh diterima secara baik oleh rakyat.
"Perkara ini perlu diberikan perhatian kerana pihak berkepentingan khususnya blok pembangkang sudah semestinya akan memutarbelitkan penjelasan tersebut bagi kepentingan politik mereka.
"Kadangkala sesetengah isu atau penjelasan berhubung sesuatu perkara dilihat sukar diterima umum dan akhirnya menjadi bahan persendaan kerana jawapannya tidak rasional dan bercanggah dengan persoalan asal.
"Rakyat kini lebih kritis pemikiran mereka, bersifat terbuka dan mendapat limpahan maklumat secara pantas dari segenap sudut tanpa kawalan, oleh sebab itu apa juga persoalan atau penjelasannya perlu relevan," ujarnya.
Menurut Syed Ali, kumpulan anti-UMNO akan mempergunakan kesilapan untuk disebarkan menerusi laman-laman sosial supaya timbul persepsi dan tanggapan negatif rakyat terhadap pihak kerajaan.
"Kadangkala sesuatu perkara yang diperkatakan tidak jelas, keliru dan paling sedih jika rakyat secara total menolak penjelasan tersebut dengan melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas kepada parti dan pemimpin.
"Keadaan akan menjadi lebih sukar apabila persoalan sedemikian juga akan dibangkitkan di peringkat bahagian dan cawangan parti.
"Bagaimanapun, atas nama tanggungjawab kepada UMNO, kepimpinan diperingkat bahagian dan cawangan berusaha untuk menyakinkan golongan akar umbi supaya mempercayai dan yakin terhadap perjuangan parti," ujarnya.
Astro Awani
Mon Nov 07 2016
Pemimpin UMNO perlu berhati-hati semasa memberi ulasan berhubung isu politik kerana dikhuatiri jawapannya memberi kesan buruk kepada parti, ujar Syed Ali.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai tugas menasihati Agong - Anthony Loke
Jawatankuasa Khas Bebas Darurat selesai menjalankan tugas menasihati serta mempersembahkan laporan kepada Yang di-Pertuan Agong.
'Kami rela dituduh pelacur demi pertahankan perpaduan ummah' - Pemuda Pas Selangor
Pas rela dituduh demikian daripada menjadi 'pelacur politik dan kuasa' kerana rakus menggadai maruah agama dan bangsa untuk kehendak peribadi.
10,000 penduduk Rusia berarak bantah cara Putin tangani krisis politik
Perarakan seumpama itu jarang berlaku di Rusia, sekali gus menyaksikan keretakan dalam pimpinan Putin yang semakin dikecam.
Ahmad Faizal kekal Ketua Bersatu Bahagian Tambun, menang tanpa bertanding
Bersatu Perak mempunyak 277 Cawangan daripada 24 Bahagian yang melibatkan keahlian kira-kira 28,548 orang.
Kerajaan sedar naratif politik semasa - Dr Wan Azizah
Kerajaan sedar mengenai naratif politik semasa di mana rakyat mengharapkan sesuatu yang luar biasa dilakukan dalam memenuhi harapan masyarakat.
Pentadbir kena neutral, kesetiaan 'berbelah bagi' tidak menyumbang pada pentadbiran negara
Para pentadbir harus bersikap neutral dan patuh kepada kerajaan semasa yang dipilih rakyat walaupun mempunyai pendirian politik tersendiri bagi memastikan pentadbiran negara baik, kata Perdana Menteri
Muhyiddin nafi ada sengketa dengan Dr Mahathir
Mesyuarat khas tergempar yang diadakan Dr Mahathir baru-baru ini hanya untuk mendengar perbezaan pendapat susulan isu pelantikan Exco Johor yang baharu.
PRK Sandakan: Anak mendiang Stephen Wong diumumkan calon PH
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan anak mendiang Datuk Stephen Wong Tien Fatt sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen (P) 186 Sandakan.
Fitnah, berita palsu marak menjelang Pemilu 2019
Perkembangan pesat komunikasi siber mengundang masalah besar buat seluruh dunia lebih-lebih lagi pada negara yang mempunyai kepadatan penduduk seramai 269 juta seperti Indonesia.
PRK Rantau: Ilham Centre jangka Mohamad Hasan akan menang
Ilham Centre menjangkakan Mohamad akan mengekalkan kerusi DUN Rantau dengan peralihan undi daripada PH kepada BN sebanyak 24.5 peratus.