awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Waspada! Sungai di Melaka, N. Sembilan, Selangor, Johor catat peningkatan

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
07/10/2022
15:29 MYT
Waspada! Sungai di Melaka, N. Sembilan, Selangor, Johor catat peningkatan
Setakat jam 10.40 malam, dua sungai di Negeri Sembilan diletakkan pada peringkat amaran (jingga) iaitu Sungai Linggi di Kampung Mantau, Seremban dan Sungai Jimah, di Pekan Linggi, Port Dickson. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Beberapa sungai utama di empat negeri iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor mencatatkan trend peningkatan paras air selepas hujan lebat melanda sejak petang Jumaat.
Setakat jam 10.40 malam, dua sungai di Negeri Sembilan diletakkan pada peringkat amaran (jingga) iaitu Sungai Linggi di Kampung Mantau, Seremban dan Sungai Jimah, di Pekan Linggi, Port Dickson.
Sungai Linggi dilaporkan berada pada paras 34.49 meter (m), manakala Sungai Jimah berada di paras (8.78 m) melebihi paras amaran.
Sementara itu, dua lagi sungai iaitu Sungai Linggi di Dusun Nyior, Seremban dan Sungai Linggi di Pekan Linggi masing-masing diletakkan pada paras berhati-hati (kuning).
Di Melaka, paras air Sungai Melaka di Batu Hampar meningkat kepada paras amaran apabila berada pada tahap 1.81 meter.
Di Johor, enam sungai diletakkan pada paras waspada manakala Sungai Skudai di Parit Keliling, Kampung Pasir, Johor Bahru berada pada paras 0.61 meter setakat jam 11.40 malam.
Enam sungai berada pada paras waspada itu ialah Sungai Skudai di Kampung Laut, Sungai Sembrong di Batu Dua Sembrong, Empangan Sembrong, Sungai Bekok di Bandar Yong Peng, Sungai Kesang di Telok Rimba, Sungai Lenik di Ladang Chaah dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur.
Terdahulu, Menteri Alam Sekitar Dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menerusi laman sosial memaklumkan, paras air di kawasan Lembangan, Sublembangan dan Stesen Sungai Buloh dilaporkan meningkat ke paras amaran.
PERHATIAN PENTING Aras Air Peringkat BAHAYA Kemaskini Pada 07/10/2022 | 21:25 malam SELANGOR Lembangan Sungai Buloh Sub Lembangan Sungai Buloh Stesen Sg Buloh di Paya Jaras Hati-hati! pic.twitter.com/PZXYGSNUzi
— Tuan Ibrahim Tuan Man (@titm_official) October 7, 2022
Katanya, ia susulan daripada hujan lebat yang berlaku sejak petang tadi.
Melihat kepada bacaan paras, sungai itu kini meningkat kepada 24.97 meter (setakat jam 10.55 malam).
Beliau dalam masa sama, turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati berhadapan dengan keadaan yang tidak dapat dijangka ini.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#paras air sungai
#banjir
#banjir selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan