Sebuah laman peminat Star Wars, makingstarwars.net mendedahkan bahawa watak utama Star Wars akan mati dibunuh dalam filem terbaru Star Wars: the Force Awakens yang akan mula ditayangkan 18 Disember nanti.

Bagi yang tidak mahu mengetahui jalan cerita Star Wars: the Force Awakens sebelum ia ditayangkan, jangan teruskan membaca laporan ini.

Ini kerana jalan ceritanya amat sedih sekali terutama sekali bagi peminat tegar siri Star Wars.

Menurut laman web itu, sumber yang boleh dipercayai dan sentiasa mendedahkan perkara yang sahih mengenai Star Wars, berkongsi sebuah dokumen yang membuktikan bahawa watak itu akan dibunuh dan babak filem itu sudahpun dirakam.

Dipercayai watak utama itu adalah Hans Solo yang mati dibunuh oleh Kylo Renn.

Hanya satu cara untuk mengetahui sama ada benar Hans Solo mati dibunuh ialah untuk menonton filem Star Wars: the Force Awakens hujung tahun ini.

Berikut sedutan filem rasmi yang pertama dikeluarkan Lucasfilm.