SHAH ALAM : Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS), Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.
Bekas Menteri Pengangkutan itu berkata, Ahli Parlimen Kota Raja itu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu sepatutnya mengutamakan penternak tempatan dan tidak perlu menjelajah jauh ke India untuk meninjau ladang telur di Namakkal, Tamil Nadu, India.
"Abang Mat, jauh jelajah? Perlu ke India tengok telur ke? Saya cadangkan datang ke kawasan saya Parlimen Ayer Hitam. Yong Peng ada lebih 100 ladang ayam.
"Di sinilah tempat paling popular menghasilkan telur untuk pasaran tempatan dan juga berjuta biji telur dieksport ke Singapura setiap hari," katanya menerusi Facebook pada Isnin.
Media pada Isnin melaporkan Mohamad berlepas ke India, hujung minggu lalu bagi melihat sendiri proses pengeluaran telur ayam yang dieksport ke Malaysia.
Lawatan itu juga bagi memastikan telur yang diimport untuk rakyat Malaysia adalah bersih, selamat dan lebih murah dari telur tempatan.
Mengulas lanjut, Presiden MCA itu menegaskan, bekalan telur sudah tidak perlu diimport jika ia mencukupi.
"Tak perlu import telur dari India jika bekalan mencukupi. Kementerian Abang Mat turut menjaga keterjaminan makanan? Fikir-fikirkanlah Abang Mat! Telur dan ayam adalah makanan asas rakyat tak kira kaum atau agama. Patut dijadikan keutamaan," katanya.
Beliau juga mempertikaikan penetapan harga telur tempatan yang lebih murah berbanding harga telur diimport dari India yang boleh menjejaskan penternak ayam dalam negara.
"Abang Mat, telur tempatan hanya boleh dijual dengan 41 sen sebiji kerana ada kawalan harga. Penternak tempatan mengalami kerugian kerana harga kos mereka melebihi harga kawalan telur. Jika mereka mengalami kerugian, penternak tidak akan menternak ayam untuk menghasilkan telur.
"Saya rasa pelik pula, telur diimport dari India dijual dengan 50 sen sebiji. Kalau diangkut menggunakan kapal, telur dari India mengambil masa tiga hingga empat minggu untuk sampai ke Malaysia. Segarkah telur India berbanding telur tempatan?" tambah beliau.
Susulan itu, beliau mencadangkan kepada Mohamad supaya menetapkan harga kawalan telur tempatan kepada 50 sen sebiji sama seperti harga telur yang diimport dari India.
"Saya rasa kalau harga kawalan ditetapkan 50 sen sebiji, mungkin penternak tempatan sanggup menternak ayam kerana mereka tidak akan rugi.
"Kalau kerajaan mampu dan bersungguh mahu membantu golongan B40, boleh wujudkan elaun telur secara tambah nilai kepada golongan B40 untuk menanggung bebanan kewangan iaitu selisih harga 9 sen sebiji. Kalau RM200 setahun, banyak telur boleh dimakan oleh keluarga B40," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 09 2023

Ka Siong mempertikaikan penetapan harga telur tempatan yang lebih murah berbanding harga telur diimport dari India yang boleh menjejaskan penternak ayam dalam negara. - Foto fail/BERNAMA

Enggan berdamai, Puteri Sarah tekad bercerai
Puteri Sarah yang mengakui penat dengan kemelut yang melanda rumah tangganya tetap dengan keputusan untuk bercerai dan enggan berdamai.

Pengerusi masjid Palembang meninggal dunia ketika sedang sujud solat tarawih
Seorang pengerusi masjid di Palembang dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan sedang sujud semasa menunaikan solat tarawih malam pertama Ramadan tahun ini.

1,500 bubur lambuk air tangan Permaisuri Agong diagihkan kepada rakyat
Setiap kali menjelang Ramadan, Raja Permaisuri Agong pastinya tidak ketinggalan menyinsing lengan baju menyediakan juadah bubur lambuk Pahang untuk diagihkan kepada rakyat.

'Kami tidak akan tarik diri hingga projek ini selesai' - Sharnaaz respons isu Syamsul-Aaron
Sharnaaz berkata dia tetap berada di belakang Syamsul dan memberikan sepenuh sokongan terhadap pengarah berkenaan.

Mbappe dedah Antoine Griezmann kecil hati tidak dilantik kapten Perancis
Kylian Mbappe mendedahkan Antoine Griezmann kecewa kerana tidak dpilih sebagai ketua pasukan Perancis.
![[TERKINI] Tiada lagi monopoli PUSPAKOM bermula september 2024 [TERKINI] Tiada lagi monopoli PUSPAKOM bermula september 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2015436/16574788831679644121468_640x360.jpg)
[TERKINI] Tiada lagi monopoli PUSPAKOM bermula september 2024
Tiada lagi monopoli dalam Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer selepas konsesi perjanjian syarikat itu tamat pada 31 Ogos 2024.

PUSPAKOM lanjut 15 tahun lagi, perlu tambah baik
Walaupun kerajaan bersetuju melanjutkan konsesi perjanjian Puspakom selama 15 tahun lagi, tetapi penyedia perkhidmatan itu perlu melakukan penambahbaikan terhadap terma-terma sedia ada.

Teruk kena ‘grill’, CEO TikTok ‘bersilat’ jawab pelbagai dakwaan
Ketua Pegawai Eksekutif TikTok, Shou Zi Chew perlu meyakinkan jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat mengapa aplikasi perkongsian video yang sangat popular itu tidak seharusnya diharamkan di AS. Antara dapatan daripada sidang itu termasuk, kongres sudah mempunyai pendirian tersendiri berkaitan TikTok sebelum proses pendengaran itu bermula.

Kematian akibat tibi di Malaysia meningkat tahun lepas - Dr Zaliha
Sebanyak 25,391 kes penyakit berkenaan dilaporkan pada tahun lepas dengan peningkatan sebanyak 3,664 atau 17 peratus berbanding 21,727 kes, sepanjang tempoh sama tahun sebelumnya.

Lionel Messi ilham kemenangan Argentina dengan gol ke-800 karier
Lionel Messi mencapai tahap terbaru dalam kariernya yang penuh gemilang dengan melakar gol ke-800 menerusi sepakan percuma yang menakjubkan untuk mengesahkan kemenangan 2-0 Argentina ke atas Panama.

Mat Sabu tak terkejut MAFS dapat markah tercorot
Mohamad berkata, pihaknya tidak terkejut dengan pandangan tersebut berikutan masalah bekalan telur termasuk ayam sudah menjadi tumpuan negara sejak setahun lalu.

Wee Ka Siong sindir Mat Sabu isu telur
Datuk Seri Wee Ka Siong menyindir Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu kerana didakwa mengutamakan telur ayam import berbanding keluaran tempatan.

Import telur ayam bukan penyelesaian masalah, hentikan eksport - Ameer Mydin
Rancangan kerajaan untuk mengimport telur ayam bagi menyelesaikan kekurangan bekalan dalam pasaran bukan penyelesaian masalah menampung keperluan di negara ini.