RIYADH: Lazimnya World Economic Forum (WEF) akan berlangsung setiap musim sejuk di Davos, Switzerland, lokasi lahirnya forum berprestij dunia ini sejak lebih lebih dekad lalu.
Dalam tempoh kira-kira tiga bulan, WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi. Ia memberi isyarat, kepentingan kestabilan rantau Asia Barat atau Timur Tengah ini, bukan ‘barang’ main-main.
Dua keadaan yang memanaskan lagi suhu geopolitik Asia Barat ketika ini, kegilaan Israel berterusan mengganyang Gaza sejak lebih enam bulan lalu dan bibit-bibit perang secara langsung Iran–Israel baru-baru ini.
Sumber dalaman WEF memberitahu Astro AWANI, Mesyuarat Khas WEF di Arab Saudi ini dianjurkan di atas permintaan kerajaan Arab Saudi sendiri.
Walaupun suhu geopolitik rantau ini memanas, WEF meletakkan tema yang melangkaui graviti pertentangan rantau yang ‘berminyak’ ini dengan mengangkat agenda ‘Kerjasama, Pertumbuhan Global dan Tenaga untuk Pembangunan’.
Ia bakal menyaksikan lebih 700 pemimpin dunia dan industri berkumpul, berdiskusi dan bertukar pandangan antara satu sama lain. Malaysia turut sama menjadi tumpuan suara negara ‘Middle Power’ atau ‘Kuasa Tengah’yang dijemput khas oleh Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mohamad Bin Salman.
Kata kunci yang diberikan tumpuan adalah mewujudkan kerjasama global yang lebih erat di sebalik perpecahan yang berlaku akibat pertembungan geopolitik yang didasari perang di Ukraine dan Gaza, sikap perlindungan negara dunia ketika mereka merangka dasar ekonomi, serta peralihan tenaga yang tidak sekata.
Pasca pandemik COVID-19, negara maju dilihat berjaya melepasi aktiviti ekonomi sebelum pandemik meskipun pertumbuhan lembab.
Namun negara membangun masih berdepan kesukaran khususnya dalam mengemudi pemulihan pertumbuhan yang perlu disekalikan dengan peralihan tenaga.
Kerjasama Global
Sesi Mesyuarat Khas WEF di Riyadh akan merungkai cabaran sebenar tantangan geopolitik serta krisis kemanusiaan yang memuncak di Gaza dan Ukraine.
Tujuan perkumpulan ini adalah berdialog secara terangkum melibatkan negara di sebelah Selatan dan Utara Global, atau dalam Bahasa mudahnya, negara yang maju dan membangun.
Tiada jalan mudah untuk menyelesaikan krisis mendesak dunia ini lebih-lebih lagi apabila badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dilihat masih gagal mengawal keadaan geopolitik, perang dan krisis kemanusiaan ini.
Pertumbuhan Global
Sejak pandemik melanda, negara dunia mula melaksanakan dasar ekonomi yang bersifat melindungi negara masing-masing.
Meskipun penting namun ia juga mampu menafikan usaha globalisasi yang amat diperlukan ketika pemulihan ekonomi.
Justeru fokus Pertumbuhan Global akan berdialog dan mengenal pasti trend transformasi, inovasi dan pembuatan dasar ekonomi yang boleh mencipta pertumbuhan terangkum.
Ini bermakna kita perlu mencari jalan untuk mewujudkan model pertumbuhan menyeluruh melalui rangka kerja pelaburan, tanpa meminggirkan penyelesaian kepada isu ketidaksamarataan antara ekonomi maju dan membangun.
Tenaga untuk Pembangunan
Perkara yang kerap didendangkan adalah, masa hadapan sifar karbon. Kesemua ini mahu dicapai melalui peralihan tenaga global yang terangkum.
Usaha mencapai hasrat ini sudah digerakan di pelbagai peringkat namun dialog kali ini akan terus menghidupkan semangat kerjasama melalui diskusi, bengkel dan peluang usahasama.
Ia akan mengabungkan wakil kerajaan, pakar dan industri untuk memastikan jalan ke arah sifar karbon terus terbuka.
Suara Malaysia
Ketiga-tiga fokus itu amat dekat di hati Malaysia.
Negara sudah memperkenalkan dasar ekonomi bersifat transformatif, peralihan tenaga melalui Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), pelaburan dan industri yang terangkum melalui Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
Pastinya cerita-cerita besar ini bakal digemakan oleh Malaysia yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di sesi Mesyuarat Khas WEF.
Sudah pasti, isu-isu pokok yang membayangi kesengsaraan berpanjangan warga Palestin akibat ketidakadilan kuasa-kuasa besar dan dunia yang berat sebelah tidak diboleh didiamkan di pentas ini.
Kerana itu, pemerhati menjangkakan ‘isi’ dan ‘inti’ hujahan Anwar ketika sesi dialog bersama pemimpin-pemimpin dunia pada Ahad nanti pastinya menjadi tumpuan selain ketegasan terhadap komitmen berterusan Malaysia ke arah membina dunia yang lebih terbuka, adil dan mampan.
Persoalan besar yang perlu dirungkai Mesyuarat Khas WEF ini adalah, bagaimana ia tidak hanya jadi wacana diskusi, tetapi disusuli pelan tindakan wajar bersesuaian latar negara masing masing.
Najib Aroff
Sat Apr 27 2024
Ritz Carlton Hotel, lokasi berlangsung Mesyuarat Khas WEF, Riyadh, Arab Saudi. - Gambar/ WEF
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
TUDM dijangka bincang perolehan pesawat Hornet pada Jun depan
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka mengadakan lawatan ke Kuwait pada Jun depan bagi berunding mengenai perolehan pesawat tempur F/A-18D (Hornet).
Permohonan lesen membela kucing diwajibkan
Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura akan membenarkan penghuni flet miliknya untuk memohon lesen untuk memelihara kucing, berkuat kuasa September.
PRK KKB: PN seolah sedar awal mereka akan tewas di KKB - Amirudin
Perikatan Nasional (PN) seolah-olah sudah mengaku kalah apabila membangkitkan soal petisyen tiga hari sebelum hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Baharu.
Lawatan kerja PM bina keyakinan bagi syarikat Malaysia terlibat dalam projek besar di Arab Saudi
Kejayaan lawatan kerja Anwar ke Riyadh, Arab Saudi, baru-baru ini, membina keyakinan untuk syarikat Malaysia diberi peluang terlibat dalam projek-projek besar di negara tersebut.
Malaysia manfaat platform WEF untuk suarakan kesepakatan negara-negara Islam
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan pertemuannya dengan pemimpin negara Islam bagi menyuarakan harapan agar keganasan di Gaza dihentikan.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
WEF: Perdagangan Malaysia, Arab Saudi boleh diperkukuh menerusi kerjasama - Tengku Zafrul
Kerjasama Malaysia-Arab Saudi dengan saling memanfaat kekuatan antara satu sama lain dapat menyokong pertumbuhan perdagangan dan pelaburan.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Negara maju harus tundukkan 'ego' dan bekerjasama dengan ASEAN - Penganalisis
Menurut Faisal, ini kerana negara membangun di ASEAN sedang mencorak ekonomi ke arah lebih mampan yang perlu dimanfaatkan negara maju
PM adakan pertemuan dengan Presiden Rwanda
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rwanda Paul Kagame di luar Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) pada Ahad.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
WEF24: Guterres gesa langkah segera atasi ancaman perubahan iklim, AI
Dunia tidak mempunyai strategi jelas untuk berdepan dengan ancaman yang dicetuskan oleh perubahan iklim dan kemajuan mendadak AI.