NAMA Hanna Alkaf satu hari nanti mungkin disebut sebaris dengan JK Rowling, tetapi anugerah novel antarabangsa pertama penulis Malaysia dari Sungai Buloh ini mungkin akan timbul satu cerita yang bakal menjadi legenda, sama seperti pencetus dongeng Hogwarts.
Dunia penulisan negara menerima berita gembira pada awal dekad baharu ini apabila novel sulung antarabangsa Hanna Alkaf, 34 – seorang ibu beranak dua yang mengukir nama dalam dunia penulisan novel di Malaysia – dinobat sebagai penerima Freeman Book Awards anjuran Columbia University dari Amerika Syarikat (AS).
Dalam kalangan mereka yang jarang-jarang mengikuti perkembangan dunia penulisan dalam Bahasa Inggeris oleh penulis Malaysia, sudah tentu pencapaian ini kurang membawa makna.
Tetapi bagi warga seni buku dan penulisan tempatan, ramai yang kenal Hanna Alkaf melalui penglibatannya dalam pelbagai acara yang mengumpul insan berjiwa seni dan ulat buku.
The Weight of Our Sky adalah antara pemenang kategori Remaja/Sekolah Tinggi (Young Adults/High School Literature) – satu anugerah tahunan tajaan Columbia University.
Anugerah ini khusus untuk mempertingkat pemahaman tentang Asia Timur dan Asia Tenggara melalui penyebaran penulisan dan pembacaan.
Setiap tahun, Columbia University menaja hadiah Freeman Book Awards bagi menyokong usaha The National Consortium for Teaching about Asia (NCTA), Association for Asia Studies (AAS) dan Asia for Eduction (AFE) dari universiti yang sama.
Dua kategori penulisan diberi pengiktirafan – kategori untuk kanak-kanak dan kategori untuk remaja.
Novel Hanna Alkaf berkisar kisah hidup remaja bernama Melati Ahmad yang baru berumur 16 tahun – hidup berlatar belakang rusuhan kaum yang melanda negara pada tahun 1969.
Peluang untuk menimba isu semasa ditimbulkan dengan keadaan mental protagonis ini yang dilanda sifat kecelaruan OCD (obsessive compulsive disorder); selain melibatkan gangguan jin.
Bagi melebarkan konflik dalam karakter Melati, ditimbulkan isu antara anak dengan emak yang berpisah ketika masing-masing menghadapi pelbagai tekanan keadaan semasa.
Ini bukan kali pertama The Weight of Our Sky menerima pengiktirafan. Pada tahun lepas, buku ini diberi terjemahan berbentuk komik dalam dunia kartun bersiri di ruang maya internet.
Hanna kini sedang sibuk menyiapkan novel seterusnya, Once Upon an Eid (bulan Mei) dan The Girl and The Ghost (Ogos) yang bakal diterbitkan oleh penerbit terkenal, HarperCollins.
Ini kali kedua novelis Malaysia dianugerah Hadiah Freeman Book Awards. Shamini Flint yang lahir di Malaysia tetapi menetap di Singapura pernah menerima anugerah yang sama.
Razak Chik
Thu Jan 23 2020
Hanna Alkaf, 34 seorang ibu beranak dua yang mengukir nama dalam dunia penulisan novel di Malaysia dinobat sebagai penerima Freeman Book Awards anjuran Columbia University dari Amerika Syarikat.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Columbia University batalkan konvokesyen berikutan demonstrasi pro-Palestin yang berterusan
Pihak universiti berkata ia -akan meninggalkan majlis konvokesyen utama pada 15 Mei- dan sebaliknya menganjurkan beberapa siri kecil majlis.
Remaja perempuan rakam insiden kematian George Floyd menang Anugerah Khas Pulitzer
Video insiden lelaki Afrika-Amerika George Floyd yang maut akibat tindakan kejam seorang pegawai polis yang dirakam remaja perempuan Darnella Frazer menerima anugerah khas Hadiah Pulitzer 2021.
Digelar anti-Yahudi: Dr Mahathir 'diserang' di Columbia University
Tegasnya, apabila wujud pihak yang menghalang seseorang itu untuk bersifat anti-Yahudi, ia sekali gus menyekat kebebasan bersuara.