awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul

Media Hiburan
Media Hiburan
20/05/2023
08:21 MYT
'Welcome to the D's family' - Anak teruna Didie Alias selamat diijab kabul
Anak lelaki Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Nur Khairunnisa Zulkifli di Tawau, Sabah pagi tadi. -Media Hiburan
ANAK lelaki kepada pelakon dan pengacara Didie Alias iaitu Muhammad Dhanial Mohd Ridzuan, 29, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Nur Khairunnisa Zulkifli di Tawau, Sabah pada pagi Sabtu.
Didie atau nama sebenar, Nur Fadzilah Ali, 52, turut memanjatkan kesyukuran di atas kelancaran majlis tersebut serta gembira menerima kehadiran ahli keluarga baharu.
“Alhamdulillah selesai, majlis pernikahan anak lelaki mommy, Muhammad Dhanial dengan Nur Khairunnisa.
“Syukur berkat doa semua, majlis berjalan dengan lancar, amin ya rabbal al amin.
“Welcome to the D’s family,” tulis Didie di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)
View this post on Instagram
A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)
Rombongan Didie sekeluarga menggayakan busana berona hijau muda bagi meraikan majlis pernikahan anak keduanya itu.
Terdahulu, Didie berharap agar anak terunanya itu kuat ketika majlis berlangsung biarpun tanpa keberadaan bapanya, Ridzuan Hashim yang terlebih dahulu telah dijemput Ilahi pada 4 Mei lalu.
Meninjau di ruangan komen, rakan artis tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah buat Didie yang menerima menantu buat kali ketiga.
“Tahniah, terima menantu lagi,” komen penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahira.
“Semoga dipermudahkan, tahniah mommy, congrats juga Dhan,” titip pelakon Azhan Rani.
“Tahniah Didie dapat menantu,” coret pelakon Anne Abdullah.
Netizen juga menyatakan mengirimkan ucapan tahniah serta menyatakan sebak melihat majlis tersebut yang berlangsung tanpa keberadaan bapa Dhanial.
“Menangis masa dia peluk mak dia.
“Tahniah! Sedih rasa nak melepaskan anak lelaki kita kan.
“Kami pun rasa sebak,” komen sebahagian netizen. -Media Hiburan
Topic Berkaitan
#Didie Alias
#Dhanial Mohd Ridzuan
#Nur Khairunnisa Zulkifli
#Ridzuan Hashim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan