KOTA KINABALU: Pengumuman Sabah dan Sarawak sebagai wilayah dilihat sebagai 'syok sendiri' melainkan pindaan dibuat kepada Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan.
Perkara itu dibangkitkan oleh Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Junz Wong yang meminta supaya ura-ura perubahan terbabit bukanlah gimik semata-mata.
Sebaliknya, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru itu berkata, jika perkara tersebut tidak dipinda mengikut perlembagaan, ia disifatkan tidak mempunyai roh dan hanya tinggal sebutan.
"Apabila ia diumum begitu sahaja, itu kita panggil syok sendiri. Kita panggil Sabah sebuah wilayah, tetapi roh dan intipati sesebuah wilayah itu tidak ada.
"Hak minyak dan gas masih dinafikan, hak-hak pengeksportan masih perlu kelulusan Semenanjung Malaysia, Perjanjian MA63 masih tidak ditunaikan... jadi syok sendiri sajalah.
"Dalam Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan, Sabah dan Sarawak masih dikenali sebagai 'negeri' bersama negeri-negeri seperti Kelantan, Pahang, Terengganu dan Perlis," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan medianya, di Kota Kinabalu, hari ini.
Semalam, tular pekeliling yang didakwa diterbitkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia mengenai arahan menukar terma panggilan Sabah dan Sarawak sebagai Wilayah.
Sementara itu, Junz turut menggesa supaya parlimen Dewan Rakyat dibuka semula bagi membincangkan perkara berkenaan secara telus dan kesediaan wakil rakyat Warisan untuk menyokong usul Perdana Menteri bagi meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
2 April lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Majlis Makan Tengah Hari bersama kepimpinan Masyarakat di Kuching, Sarawak menggunakan istilah wilayah Sarawak bagi menggantikan negeri.
"Mulai sekarang kita tidak boleh lupa bahawa Sarawak bukannya negeri tetapi sebuah wilayah.
"Negeri ini sebuah wilayah yang hebat, saya tidak boleh mengatakan ia sebuah negeri kerana Sarawak amat besar walaupun populasi penduduknya tidak ramai," katanya.
Jelasnya lagi, Sarawak salah satu daripada tiga wilayah di Malaysia seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Menurut Muhyiddin, setakat ini tiga jawatankuasa kerja telah menyediakan rangka kerja berhubung MA63 berkaitan hak Sabah dan Sarawak selepas emuktamadkan mesyuarat pertama dalam suku pertama 2021.
Eleanor Michelle Patrick
Fri Apr 09 2021
Junz Wong ebrkata, jika perkara tersebut tidak dipinda mengikut perlembagaan, ia disifatkan tidak mempunyai roh dan hanya tinggal sebutan. - fotoBernama
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
Miskin tegar Sabah menurun kepada 12,555 setakat 31 Mac - Hajiji
Kadar kemiskinan tegar di Sabah menurun kepada 12,555 Ketua Isi Rumah (KIR) direkodkan dalam sistem e-Kasih setakat 31 Mac lepas.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
UMNO bukan parti Malaya sebaliknya parti kebangsaan, perjuang nasib rakyat - TPM
Katanya, usaha membawa UMNO masuk ke Sabah bukan untuk memecah-belah mana-mana parti sebaliknya bagi menyatukan rakyat di bawah payung sama.
Letusan Gunung Ruang: Tiada keperluan pakai pelitup muka di Sabah
Tiada keperluan memakai pelitup muka di kawasan terbuka di Sabah buat masa ini berikutan letusan gunung berapi di Gunung Ruang baru-baru ini, kata Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Kerajaan Madani komited tambah baik infrastruktur di Sabah - PM
Kerajaan Madani akan menoktahkan kesengsaraan yang dialami rakyat terutama di Sabah khususnya dari segi kemiskinan sosioekonomi.
PM Anwar beri penghormatan terakhir kepada mendiang Joseph Kurup
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Tan Sri Joseph Kurup di Wisma Fook Lu Siew.
Sabah pantau kesan letusan Gunung Ruang, keselamatan rakyat diutamakan - Hajiji
Kerajaan Sabah akan memantau kesan letusan gunung berapi Gunung Ruang di Indonesia dan menegaskan bahawa keselamatan rakyat menjadi keutamaan.
44 kes melioidosis direkodkan di Sabah setakat ini
Ia merupakan peningkatan sebanyak 12.8 peratus berbanding dengan jumlah kes yang dilaporkan pada ME sama pada tahun lepas iaitu sejumlah 39 kes.
Sabah rancang jadikan Pulau Gaya sebagai tarikan pelancong - Hajiji
Kerajaan negeri bercadang untuk mengindahkan Pulau Gaya dan menjadikannya sebagai salah satu destinasi pelancongan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.