Wisma Putra akan membantu membawa pulang remaja dari daerah ini, yang maut semasa bermain papan luncur di Townsville, Queensland, Australia semalam.
Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada keluarga mangsa terlibat, sama ada mahu membawa pulang atau mengebumikan jenazah di negara berkenaan.
"Urusan membawa balik sudah pasti melibatkan kos dan kementerian akan cuba membantu memudahkan urusan. Jika waris memilih dikebumikan di sana, pegawai kita di sana akan cuba bantu ia dapat dilakukan dengan sebaik-baiknya.
"Kita berharap keluarga dan waris mangsa terlibat dapat berhubung dengan pegawai Wisma Putra secepat mungkin supaya bantuan sewajarnya dapat disalurkan dengan segera," katanya.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota berkata demikian kepada pemberita semasa ditemui di Program Kembali ke Sekolah 2020 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Panglima Perang Indera Mahkota di sini hari ini, melibatkan 260 pelajar.
Beliau berkata demikian semasa diminta mengulas laporan media Australia mengenai kematian remaja itu yang dikatakan terlanggar tiang semasa bermain papan luncur ketika sedang bercuti dengan keluarganya di sana.
Pada perkembangan berasingan, Saifuddin juga berkata pihaknya akan membantu dalam urusan lima warga Malaysia yang cedera akibat kemalangan jalan raya di Kaherah, Mesir yang juga dilaporkan berlaku semalam.
Beliau juga mengingatkan rakyat Malaysia untuk mengambil insurans sebelum ke luar negara sebagai langkah berjaga-jaga jika berlaku kejadian tidak diingini supaya tidak timbul masalah seperti kos rawatan dan sebagainya.
"Dalam kes yang melibatkan kecederaan, lazimnya wakil kita akan membantu untuk mendapatkan rawatan di hospital yang percuma jika ada, atau di tempat yang bayarannya tidak terlalu mahal.
"Kita juga boleh membantu untuk mendapatkan tiket kapal terbang untuk pulang dengan segera, namun kita tidak akan membiayai tiket tersebut," katanya.
Selain itu, Saifuddin juga memaklumkan kerajaan melantik Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) bagi mengkaji dan mengesahkan laporan berita berhubung masyarakat Uighur di Xinjiang, China.
"Kita mengambil pendirian berhati-hati dalam menilai semua laporan yang diterima daripada pelbagai pihak. Pada pertemuan saya dengan Menteri Luar China Wang Yi, saya memaklumkan kita ambil pendekatan peradaban dalam hal ini.
"Malaysia bukan dalam senarai negara yang menyokong saja laporan disediakan kerajaan China dan dalam masa sama, kita juga tidak dalam kumpulan negara yang mengkritik China secara terbuka. Ini kerana kita mahu pastikan kebenaran laporan yang kita baca dan terima," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 29 2019

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah bagaimanapun berkata perkara itu bergantung kepada keluarga mangsa terlibat, sama ada mahu membawa pulang atau mengebumikan jenazah di negara berkenaan.

Vaksin COVID-19: Perlu siap sedia hadapi kemungkinan 'last mile delivery'
Sesetengah negara akan mengalami situasi menerima vaksin lebih lewat daripada negara lain.

Piala FA dibatalkan, sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac
MFL membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga-M 2021 ditunda ke 5 Mac.

AWANI Ringkas: Anggota Polis Marin didakwa 43 pertuduhan rasuah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Kerajaan akan peroleh vaksin buatan China, Rusia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PKP 2.0, darurat, tempoh sesuai negara perangi rasuah - Hussamuddin
Rakyat Malaysia kini kebanyakan mempunyai ukuran yang tidak sepatutnya apabila disoal berkaitan halal dan haram.

Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu positif COVID-19
Tiga lagi kakitangan Majlis Perbandaran Sibu (MPS) disahkan positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan dijangkiti wabak itu ialah empat orang.

Institusi Presiden UMNO perlu dihormati - Tok Mat
Ahli UMNO diminta untuk terus menghormati institusi presiden dan tidak melakukan sesuatu di luar budaya parti.

AWANI Ringkas: PKP penuh? Tunggu pengumuman | 11 kematian dua hari berturut-turut
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Tidak cukup dalami ilmu agama punca rasuah berleluasa - Hussamuddin
Ramai orang Islam tidak memahami konteks ajaran agama Islam sehingga sanggup melibatkan diri dengan gejala rasuah.

Gerakan banteras rasuah, gerakan semua pihak
Jelas Datuk Hussamuddin Yaacub, gerakan perangi rasuah itu perlu bermula daripada akar umbi sendiri dan digerakkan antara rakyat sesama rakyat.

Australia lulus vaksin Pfizer, kempen vaksinasi dijangka bermula akhir Februari
Vaksin Pfizer diluluskan penggunaannya untuk warga Australia berusia 16 tahun dan ke atas.

Lirikan senyuman quokka, jadikannya haiwan paling gembira di dunia
Satu perkara yang istimewa pada haiwan ini, mungkin tiada pada haiwan lain ialah mukanya atau mungkin lebih tepat mulutnya seolah-olah sentiasa mengukir senyuman.

Murray kecewa tidak dapat sertai Terbuka Australia selepas positif COVID-19
Pemain yang kini berada di ranking ke-123 dunia itu berharap dapat bersaing dalam kejohanan grand slam pembuka musim berkenaan pada 8 Februari depan.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

Dana Khas COVID-19 ASEAN perlu dipercepatkan bantu negara anggota - Hishamuddin
Malaysia mengambil pendirian bersama Brunei mendesak agar Dana Khas COVID-19 ASEAN dapat dipercepatkan sesegera mungkin.

'Ia sesuatu yang amat buruk', Bautista Agut samakan kuarantin di hotel dengan penjara
Risiko terdedah kepada koronavirus dalam pesawat sewaktu menuju ke Australia, 72 pemain kini dikuarantin di hotel selama dua minggu.

Australia tidak buka sempadan walau sebahagian besar rakyat divaksin
Australia tidak berhasrat untuk membuka sepenuhnya sempadan negara itu tahun ini walaupun sebahagian besar penduduknya diberikan vaksin.

Terbuka Australia: Empat kes positif COVID-19 dikesan
Dua kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam penerbangan dari Los Angeles dan satu dari Abu Dhabi.

Terbuka Australia: 47 pemain jalani kuarantin
Seramai 24 pemain dalam pesawat sewa khas dari Amerika Syarikat ke Melbourne diarahkan menjalani kuarantin selama dua minggu.

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.