awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra belum dimaklum mengenai pemeriksaan ke atas rakyat Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
10/07/2016
08:33 MYT
Wisma Putra belum dimaklum mengenai pemeriksaan ke atas rakyat Malaysia
ANIFAH: Ancaman dadah rentas sempadan perlu terus ditangani secara bersama di antara pihak berkuasa kedua-dua negara. - Gambar fail
Kementerian Luar akan mendapatkan penjelasan lanjut daripada Indonesia berhubung laporan media bahawa akan diadakan pemeriksaan menyeluruh secara rawak di lapangan terbang negara tersebut ke atas rakyat asing, termasuk dari Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Anifah Aman berkata, sehingga kini, pihaknya masih belum dimaklumkan secara rasmi mengenai cadangan pelaksanaan pemeriksaan keselamatan tersebut.
"Kementerian Luar sedia maklum bahawa pihak berkuasa lapangan terbang sentiasa menjalankan pemeriksaan keselamatan secara rawak ke atas penumpang dari luar negara," kata Anifah dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, Malaysia dan Indonesia sudah mempunyai kerjasama yang baik dalam menangani jenayah rentas sempadan, termasuklah ancaman dadah.
"Ancaman dadah rentas sempadan perlu terus ditangani secara bersama di antara pihak berkuasa kedua-dua negara," katanya lagi.
Anifah berkata demikian sebagai respon kepada laporan media pada Sabtu bahawa rakyat dari Malaysia dan Singapura yang memasuki Indonesia bagi sebarang tujuan akan dikenakan pengawasan ketat dan pemeriksaan menyeluruh secara rawak.
Kenyataan itu dikeluarkan Direktor Utama PT Angkasa Pura II Budi Karya Sumadi yang berkata pihaknya menunggu surat rasmi arahan dari Kementerian Perhubungan Indonesia untuk menguatkuasakan peraturan tersebut.
PT Angkasa Pura II ialah syarikat pengendali lapangan terbang di Indonesia.
Budi berkata tindakan itu diambil ekoran kebanyakan kes penyeludupan dadah ke negara itu membabitkan rakyat dari kedua-dua buah negara berkenaan.
Pergerakan rakyat Malaysia dan Singapura di lapangan terbang akan dipantau pasukan peronda khas yang tidak memakai seragam dan menahan sesiapa sahaja yang mencurigakan untuk pemeriksaan secara tertutup.
Sebelum ini, Menteri Perhubungan Ignasius Jonan mengarahkan pihak berkuasa di lapangan terbang membuat pemeriksaan menyeluruh secara rawak terhadap rakyat asing yang memasuki Indonesia.
Topic Berkaitan
#Anifah Aman
#lapangan terbang Indonesia
#pemeriksaan keselamatan
#rakyat Malaysia dan Singapura
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan