awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra masih buat pengesahan Ali ditahan Interpol

Haider Yutim
Haider Yutim
13/12/2014
04:50 MYT
Wisma Putra masih buat pengesahan Ali ditahan Interpol
KDN menafikan bahawa Ali ditahan Interpol.
Wisma Putra masih membuat pengesahan tentang laporan yang mengatakan aktivis politik, Ali Abdul Jalil telah ditahan polis antarabangsa (Interpol) dan akan tiba di Malaysia tengah hari ini.
"Kami masih membuat pengesahan tentang maklumat tersebut," kata jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi Astro AWANI, sambil mengatakan telah pun menghubungi pihak kedutaan Sweden namun tiada maklumat.
Bagaimanapun menurut laporan Bernama, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memaklumkan bahawa berita penangkapan Ali seperti yang tersebar di media sosial Facebook itu tidak benar.
Kata setiausaha akhbar KDN, Brig Jeneral Fadzlette Othman Merican Idris Merican, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu jika mempunyai apa-apa maklumat terbaru mengenainya.
Sementara itu, Bernama turut melaporkan bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam mesej WhatsApp berkata beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.
Semalam, Ali dalam posting terbaharu di akaun Facebook miliknya telah menulis, ""Aku diangkut Interpol ... malam ni dibawa pulang ke Malaysia ... esok tiba di KLIA dalam jam 12 tgh hari."
Ali sebelum ini menghadapi tiga tuduhan hasutan kerana didakwa menghina kerabat diraja Johor dan Sultan Selangor dalam postingnya di Facebook.
Dia juga ditahan polis di penjara selama 22 hari sejak 8 September dan dibebaskan kemudiannya pada 29 September.
Dia kemudiannya melarikan diri ke Stockholm, Sweden selepas berjaya keluar dari Malaysia menerusi sempadan Malaysia-Thailand di Danok.
Terbaru, pasport Ali dan juga penulis blog kontroversi, Alvin Tan telah dibatalkan dan kini kedua-dua individu tersebut sudah disenarai hitam di dalam sistem Jabatan Imigresen Malaysia.
Topic Berkaitan
#Ali Abdul Jalil
#Facebook
#Interpol
#KDN
#Sweden
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan