Kementerian Luar menasihati rakyat Malaysia supaya mengelak daripada melakukan perjalanan ke kawasan berlakunya beberapa siri letupan bom di selatan Thailand.
Dalam satu kenyataan di sini hari ini, kementerian itu berkata rakyat Malaysia perlu menimbangkan, buat masa ini, untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit bagi keselamatan diri mereka dan atas sebab-sebab keselamatan.
"Rakyat Malaysia yang sudah pun berada di selatan Thailand dinasihati memantau keadaan dengan rapi dan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa Thailand," jelas kenyataan itu.
Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Butiran tentang konsulat itu seperti berikut:
Konsulat Jeneral Malaysia, Songkhla, No. 4, Sukhum Road Muang District, Songkhla Province 90000 Thailand. Tel: +66 74 311 062 Fax: +66 74 324 004 E-mail: [email protected].
Semalam, 27 orang awam cedera dalam letupan bom di bandar Danok, Sadao dan Padang Besar. Tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat.
Bernama
Mon Dec 23 2013
Gambar Fail - Foto AFP
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 rakyat M'sia anggota sindiket 'Macau scam' ditahan di Danok
Sepuluh warga Malaysia dan lima tempatan itu ditahan dalam serbuan pihak berkuasa terhadap lima lokasi di pekan Danok pada Rabu lepas.
Tujuh warga Malaysia antara ditahan dalam serbuan disko di Danok
Turut ditahan dalam serbuan bermula dari 1 pagi (waktu tempatan) hari ini dan berakhir lima jam kemudian, adalah pemilik tempatan pusat hiburan itu, yang juga didapati positif dadah.
'Hilangnya' Jalur Gemilang di pintu sempadan
Potret Raja Thailand terpampang dan bendera kebangsaan Thailand berkibaran tepat di wilayahnya tetapi tidak kelihatan Jalur Gemilang dikibarkan di Malaysia.
90 rakyat Malaysia antara 224 ditahan dalam serbuan pusat judi haram di Danok
Pihak berkuasa turut merampas 35 alat perjudian serta pelbagai matawang asing dan tempatan bernilai 2.3 juta Baht.
Rakyat Malaysia tangguh sambut Krismas di Danok
Rakyat Malaysia mula menangguhkan percutian sempena cuti Hari Krismas ke Danok susulan letupan bom yang berlaku di sana baru-baru ini.
Rakyat Malaysia dinasihati elak perancangan ke selatan Thailand
Rakyat Malaysia dinasihati agar menangguhkan sebarang perancangan untuk ke selatan Thailand susulan serangan bom di Danok baru-baru ini.
Letupan di Padang Besar, hanya salah faham - Ketua Polis Perlis
Ikuti penjelasan Ketua Polis Perlis, Datuk Zullaznam Haron berhubung kekeliruan lokasi kejadian letupan bom iaitu Padang Besar.
Wisma Putra nasihat rakyat Malaysia elak kunjungi selatan Thai
Rakyat Malaysia perlu menimbangkan, buat masa ini, untuk menangguhkan sebarang kunjungan tidak perlu ke wilayah terbabit bagi keselamatan diri mereka dan atas sebab-sebab keselamatan.
Tiada rakyat Malaysia cedera akibat letupan bom Selatan Thai
Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin mengesahkan tiada rakyat Malaysia cedera dalam siri letupan di selatan Thailand pada hari Ahad.