awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Landasan Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim beroperasi semula
Kemelut Pas-Bersatu: Kepimpinan tanpa titik penyatuan, kuasa jadi rebutan - Ilham Centre
Team LZJ sahkan Yeoh Kay Bin letak jawatan sebagai ketua jurulatih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra pantau rakyat Malaysia yang didakwa di Somalia - Saifuddin

Astro Awani
Astro Awani
18/09/2021
08:13 MYT
Wisma Putra pantau rakyat Malaysia yang didakwa di Somalia - Saifuddin
Saifuddin Abdullah mengagihkan kuih bulan secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini, pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
KUANTAN: Seorang rakyat Malaysia yang ditahan dan didakwa di Somalia berdepan dengan tindakan perundangan di negara itu kerana disyaki terlibat dengan kumpulan Al-Shabaab baru-baru ini.
Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putera difahamkan, lelaki itu ditahan kerana didakwa memasuki negara Somalia dengan tujuan penglibatan dengan aktiviti kumpulan militan Al-Shabaab.
Sehubungan itu, beliau berkata, peggawai dari Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan telah berhubung bagi mendapatkan maklumat lengkap sekali gus melakukan lawatan konsular ke atasnya.
Pihak kedutaan juga, kata Saifuddin, telah melawat lelaki berkenaan bagi memastikan kesihatan tahanan berada dalam keadaan baik dan kebajikannya terpelihara.
"Kita mesti menghormati undang-undang negara tersebut tetapi keutamaan kita ialah nak pastikan yang rakyat kita itu kalau didakwa di mahkamah dia akan diberikan hak dia untuk didakwa… mendapat hak untuk diadili dengan adil dan sewajarnya,” kata beliau.
Saifuddin berkata demikian dalam sidang media selepas mengagihkan kuih bulan secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Saifuddin berkata, pihak keluarga tahanan juga sudah dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan memberitahu keadaan penahanan, situasi serta perkembangan terkini.
Wakil Malaysia di sana juga, kata beliau, akan turut hadir ketika perbicaraan bagi mengikuti dan mengetahui perkembangan semasa.
Topic Berkaitan
#rakyat Malaysia
#didakwa di Somalia
#Somalia
#kumpulan militan
#al-Shabaab
#Saifuddin Abdullah
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan