awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wisma Putra sahkan 23 peserta GSF selamat tiba di tanah air

Bernama
Bernama
07/10/2025
22:50 MYT
Wisma Putra sahkan 23 peserta GSF selamat tiba di tanah air
Kementerian Luar mengesahkan kesemua 23 peserta Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah selamat tiba di tanah air dan berada dalam keadaan sihat. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Kementerian Luar mengesahkan kesemua 23 peserta Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) telah selamat tiba di tanah air dan berada dalam keadaan sihat.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Luar yang lebih dikenali sebagai Wisma Putra berkata, kumpulan berkenaan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.50 malam waktu Malaysia.
Ketibaan mereka disambut mesra oleh Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mewakili Perdana Menteri bersama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar.
Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu; Timbalan Menteri Luar, Mohamad Alamin serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
"Malaysia sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Turkiye atas peranan pentingnya dalam memudahkan dan menyokong proses kepulangan segera serta selamat rakyat Malaysia yang ditahan," menurut Wisma Putra.
Kementerian itu turut merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Jordan, Mesir, Amerika Syarikat (AS) dan negara-negara ASEAN yang mempunyai kedutaan di Tel Aviv atas bantuan berharga mereka dalam memastikan kepulangan semua rakyat Malaysia berjalan lancar dan selamat.
"Kedutaan Besar Malaysia di Ankara, Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul dan Konsulat Jeneral Malaysia di Dubai turut memainkan peranan penting dalam membantu proses kepulangan serta memastikan kesejahteraan para peserta Malaysia sepanjang urusan transit dan penghantaran pulang mereka," katanya.
Wisma Putra turut memaklumkan, pihaknya sedang memantau rapat satu lagi flotila di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza yang kini dalam pelayaran ke Gaza membawa sembilan aktivis Malaysia.
"Misi itu bertujuan mencabar sekatan haram serta menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Gaza," katanya.
Menurut Wisma Putra, semua misi diplomatik Malaysia di rantau berkenaan telah diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya dan diminta memantau perkembangan misi berkenaan dengan teliti.
"Langkah-langkah sewajarnya sedang disiapkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan, termasuk kemungkinan penahanan oleh rejim Israel.
"Malaysia akan terus bekerjasama rapat dengan negara rakan bagi memastikan keselamatan dan hak rakyatnya dilindungi pada setiap masa," menurut Wisma Putra.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sukarelawan GSF Malaysia
#Wisma Putra
#23 peserta GSF
#Kementerian Luar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan