awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

World Cup 2014 melabuhkan tirai

Umaira Uyop
Umaira Uyop
13/07/2014
23:09 MYT
World Cup 2014 melabuhkan tirai
Rihanna dan Jamie Oliver antara selebriti yang turut menghangatkan World Cup 2014.
Sukar untuk membayangkan Piala Dunia Brazil 2014 kini sudah berakhir!
Setelah sebulan ditemani perlawanan mantap, penuh dramatik dan saat-saat yang sukar dilupakan.. kejohanan ini akhirnya melabuhkan tirainya.
Upacara penutup sebelum pertembungan Argentina dan Jerman diwarnai persembahan warna-warni dan mempamerkan muzik samba Brazil.
Malah majlis penutup ini disifatkan jauh lebih baik daripada acara pembukaannya 12 Jun lepas.
Mungkin sebab adanya Shakira!
Acara dibuka dengan penghargaan kepada 32 negara yang terlibat dengan kejohanan kali ini.
Wanita memakai gaun dan lelaki mewarnakan muka dengan bendera negara berkenaan.
Diikuti dua 'freestylers' masing-masing memakai jersi Jerman dan Argentina menunjukkan skil mereka di atas pentas.
Kombinasi muzik Shakira dan penyanyi Brazil, Carlinhos Brown menerusi lagu 'Dare' terus menggamatkan Stadium Maracana, Rio de Janeiro sebelum disertai penyanyi rap, Wyclef Jean.
Shakira mengakui dijemput membuat persembahan pada upacara penutup ini kerana mendapat permintaan tinggi daripada peminat.
Ini kali ketiga berturut-turut Shakira membuat persembahan di Piala Dunia selepas tahun 2006 dan 2010.
Carlos Santana dan Alexandre Pires membawakan lagu rasmi Piala Dunia 'We Will Find a Way' diikuti medley lagu-lagu popular Brazil bersama Ivete Sangalo.
Upacara penutup turut menyaksikan kehadiran wajah-wajah ternama seperti pemain bola sepak legenda, Pele, David Beckham, pemuzik Mick Jagger, Rihanna, pelakon Ashton Kutcher dan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Topic Berkaitan
#Brazil
#Ola Bola
#Piala Dunia
#upacara penutup
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan