MUNGKIN ramai yang beranggapan tindakan membuka ladang atau menjalankan projek pembangunan akan memberi impak buruk ke atas hidupan liar serta masyarakat setempat.
Bagaimanapun, Rizab Hidupan Liar Tabin yang terletak di bahagian timur Sabah ini membuktikan usaha pemuliharaan dan ladang kelapa sawit boleh dilaksanakan seiring menerusi rangka kerja Pendekatan Lanskap Penghidupan WWF (LLA) di bawah Program Landskap Sabah (SLP), masyarakat dan syarikat minyak sawit.
LLA menggariskan tiga teras utama iaitu perlindungan, penghasilan dan pemulihan.
Ia menggandingkan langkah pemuliharaan dan pembangunan mampan dengan integrasi perlindungan hutan, hidupan liar dan sungai, dengan pengeluaran kelapa sawit mengikut garis panduan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Lestari (RSPO). Ia juga melibatkan pemulihan koridor ekologikal dan simpanan kawasan tebing sungai atau anak Sungai.
Menurut pengurus kanan Pertanian Mampan WWF- Malaysia, Max Donysius, langkah berkenaan termasuk menanam ratusan pokok yang cepat membesar bagi mewujudkan koridor ekologikal di ladang, serta menghubungkan Hutan Simpan Tabin ke Hutan Simpan Silabukan, yang mampu meningkatkan mutu habitat yang dilaporkan merosot,
Beliau berkata, di Sabah, WWF-Malaysia menggunakan rangka kerja LLA untuk tiga projek iaitu Landskap Tabin, Landskap Tawau dan Landskap Lower Sugut.
"Untuk Landskap Tabin, projek itu dibiayai oleh Beiersdorf AG, Jerman iaitu pengeluar krim Nivea.
"Kami bekerjasama dengan pelbagai pemegang taruh dari kerajaan negeri, syarikat perladangan dan pemimpin masyarakat seperti Jabatan Perhutanan Sabah, Jabatan Hidupan Liar Sabah, Bring Back Our Rare Animals (BORA), Kg Teburi, Sawit Kinabalu dan Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK) Link," beliau memberitahu wakil media yang dibawa melawat Landskap Tabin baru-baru ini.
TUMBUHAN UNTUK HAIWAN YANG HAMPIR PUPUS
Rizab Hidupan Liar Tabin yang seluas 123,779 hektar ditubuhkan pada tahun 1984 dengan kawasan tambahan termasuk, sebagai bahagian simpanan, dikelilingi oleh ladang kelapa sawit dengan Hutan Simpan Silabukan seluas 10,600 hektar dan Santuari Hidupan Liar Kulamba (20,682 hektar).
Populasi orangutan di Rizab berkenaan adalah yang terbesar di Borneo iaitu sebanyak 1,250 di samping spesies endemik lain seperti 350 ekor gajah Borneo, 50 Banteng (spesies lembu liar) dan 40 ekor harimau dahan Sunda.
Kami dibawa melawat tapak Sabah Ficus Germplasm Centre (SFGC) yang diuruskan oleh BORA. Ia dikelilingi oleh Rizab Hidupan Liar Tabin, meliputi kawasan seluas 120,000 hektar, hutan yang dilindungi sepenuhnya dengan haiwan liar termasuk gajah, beruang matahari, orangutan dan gibbon. Kesemua haiwan liar ini makan banyak buah ara.
Untuk rekod, pada tahun 2021, Malaysia Book of Records mengiktiraf SFGC sebagai mempunyai koleksi terbanyak spesies Ficus.
Dikenali sebelumnya sebagai Borneo Rhino Alliance, BORA kini dijenamakan semula sebagai 'Bring Back Our Rare Animals', ekoran daripada kepupusan badak sumbu, dengan memberi lebih banyak peluang untuk spesies haiwan liar lain yang terancam untuk hidup dengan baik dan selamat.
Terdahulunya, pusat yang ditubuhkan sekitar 15 tahun lalu, memainkan peranan penting dalam menanam makanan terutamanya untuk tiga ekor badak sumbu Sumatra Sabah yang terakhir - Puntung, Kertam dan Iman - yang dibela di Santuari Badak Borneo di Tabin.
Badak sumbu betina Iman, badak sumbu terakhir Sabah mati pada 23 November, 2019 selepas menderita ketumhuhan dalam rahim, dan kematiannya menandakan kepupusan spesiesnya. Sebelum itu, Puntung mati pada bulan Jun 2017 dan Kertam mati pada bulan Mei 2019.
Pengurus tapak BORA, Dr Zainal Zahari Zainuddin berkata, mereka berjaya membiak lebih 90 spesies daripada 150 spesies yang terdapat di Sabah, sejak tahun 2011 sebagai sumber makanan untuk badak sumbu itu.
"Pokok ini (ficus) cepat membesar dan menghasilkan lebih banyak buah berbanding pokok lain, menjadikannya sesuai sungguh untuk makanan pelbagai jenis haiwan.
"Dengan kematian badak sumbu terakhir di Sabah, kami sedar yang secara tidak langsung kami mewujudkan sebuah taman yang unik," katanya, dengan menambah, dewasa ini BORA menanam lebih daripada 6,500 pokok ara di sekitar Rizab Hidupan Liar Tabin.
Menurut doktor haiwan berusia 64 tahun itu, daun segar pokok Ficus liar menjadi kegemaran badak sumbu Borneo. Namun dengan kematian badak sumbu terakhir itu, hasil taman itu boleh digunakan untuk makanan haiwan lain,
"Kami juga membekalkan batang tut pokok ficus pada tahun 2018 ke beberapa estet kelapa sawit di bawah program kerjasama dengan WWF-Malaysia, untuk pengurusan yang berminat menanam pokok ini sebagai sumber makanan orangutan liar dalam kawasan estet mereka.
"Di bawah piawaian Minyak Sawit Lestari Malaysia (MSPO), sekiranya ada spesies terancam atau mempunyai nilai kepelbagaian bio yang tinggi di ladang berkenaan, langkah tertentu untuk perancangan pengurusan dan operasi perlu dilakukan," katanya.
MONUMEN MINI PERINGATI BADAK SUMBU
Menurut Dr Zainal, antara spesies Ficus yang ditanam di Germplasm Centre adalah Ficus macrocarpa, yang boleh tumbuh kepada saiz yang besar di kawasan berpaya dan Racemosa, dikenali Masyarakat tempatan sebagai tangkol, tumbuh di tepi sungai dan buahnya boleh dimakan manusia.
"Crassiramea, yang menghasilkan buah yang besar digemari burung enggang, sementara Minahassae, hanya boleh ditemui di timur Sabah, Sulawesi dan Filipina. Terdapat juga spesies lain yang berpotensi dijadikan makanan Binatang ternakan," katanya.
Sewaktu lawatan kami ke tapak semaian SFGC, kami melihat beberapa biji batu yang membentuk seperti badak sumbu di bawah pokok Ficus dan terdapat nama diukir dan kawasan itu seakan tapak perkuburan.
Telahan kami tepat dan menurut Zainal, sebagai memperingati badak sumbu itu, terdapat catatan peribadi beliau diukir di atas batu di tapak kubur tersebut. Beliau menghabiskan bertahun-tahun lamanya berkhidmat di pusat berkenaan sehinggalah ke hari-hari terakhir sebelum kematian badak sumbu itu.
"Meskipun badak sumbu itu sudah tiada bersama kami, kami di sini terus bertekad untuk melindungi haiwan liar yang terancam dengan meneruskan operasi tapak semaian ini," katanya.
Minat beliau terhadap tumbuhan, mungkin membuatkan ada orang yang ingat Dr Zainal adalah pakar tumbuhan bukan doktor haiwan.
BANTENG BORNEO
Di bawah teras 'Perlindungan', WWF-Malaysia juga bekerjasama dengan BORA untuk memantau populasi Banteng Borneo di Tabin, yang diklasifikasikan sebagai spesies terancam dan endemik di Sabah.
Kami juga dibawa melawat padang ragut Banteng Borneo yang berkeluasan 2.5 kilometer panjang dan lebar 10 meter.
"Ia nampak macam padang golf!" kata Dr Zainal secara berjenaka dengan kami, sambil jarinya memetik rumput. Turut bersama dalam lawatan itu ialah pengarah eksekutif BORA, Datuk Dr John Payne.
Padang ragut Banteng itu diusahakan sebagai sebahagian daripada Pelan Bertindak Banteng Borneo, dengan disokong oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan , WWF-Malaysia dan BORA.
Menurut Payne, pada masa ini terdapat hanya 326 ekor Banteng Borneo, dengan populasi terbesar sebanyak 52 ekor di Tabin.
"Rumput yang ada di padang ragut ini bukan asal dari sini. Ianya ditanam di tepi kawasan tiruan garam yang memberi galian tambahan untuk haiwan ini.
"Dengan adanya padang ragut ini, spesies Banteng ini dapat makanan yang lebih berkhasiat, air yang mencukupi dan ruang luas untuk keselamatan dan keselesaan, " katanya menambah, padang ragut itu juga memberi manfaat kepada hidupan liar lin seperti babi hutan.
Payne, yang begitu lama terlibat dengan spesies badak sumbu di Malaysia dan Indonesia (tahun 1970an hingga 2019), berharap dunia akan mendokong amalan pengurusan hidupan liar dan bukan setakat pemuliharaan.
"Banteng Borneo perlu diutamakan kerana haiwan ini mungkin akan menjadi spesies yang menghadapi kepupusan.
"Ini kerana kadar pembiakan rendah, kadar kematian anak yang tinggi dan imej perangkap kamera menunjukkan haiwan ini kekurangan makanan dan ini menjejaskan peluang pembiakan.
"Habitat terbaik Banteng kini bukan lagi di dalam hutan atau kawasan dilindungi. Haiwan ini sekarang di habitat yang mana kami perlu mengadakan padang ragut. Setakat ini usaha kami berhasil, " kata Payne.
Dua ekor anak lembu Banteng dilahirkan setiap tahun antara 2019 dan 2021. Tahun lepas (2022), terdapat enam ekor, sementara tahun ini, empat anak lembu dilahirkan dan setakat ini ada dua ekor Banteng yang sedang bunting.
Banteng Borneo diklasifikasikan sebagai terancam di bawah Senarai Merah Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam (IUCN). yang juga disenaraikan di bawah Jadual 1 dalam Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar Sabah 1997 yang mana merupakan antara spesies perlu diberikan perlindungan penuh,
PAGAR ELEKTRIK, KORIDOR HAIWAN LIAR
Bagi melindungi ladang kelapa sawit daripada serangan hidupan liar seperti gajah Borneo dan orangutan, WWF-Malaysia dan Jabatan Hidupan Liar Sabah juga membantu mewujudkan jawatankuasa kerja kumpulan konflik manusia-gajah (HEC), diketuai oleh pejabat Daerah Lahad Datu sejak Mac 2021.
Terdapat sekitar 16 buah Syarikat ladang kelapa sawit, dengan saiz antara 60 hektar hingga 3,600 hektar di sekitar daerah itu.
Menurut Donysius, salah satu matlamat jawatankuasa itu adalah untuk secara bersama memasang pagar elektrik sepanjang 50 hingga 60 kilometer di rantau Tungku, bersempadan dengan Rizab Tabin.
"Inisiatif ini dijangka memakan masa sehingga tiga tahun untuk disiapkan. Dijangkakan situasi HEC dan kemusnahan tanaman dapat dikurangkan dengan banyaknya apabila projek pagar ini siap. Masyarakat yang tinggal di bahagian selatan Rantau Tungku, berhampiran kawasan Pantai juga dijangka dapat manfaat," katanya.
HEC sering kali melibatkan insiden yang menyebabkan kematian gajah kerana tindakan balas manusia membunuh haiwan itu, di samping haiwan itu merosakkan tanaman dan harta benda.
Menurut ketua landskap WWF-Malaysia Donna Simon, adalah penting untuk membina pagar elektrik bagi mencegah gajah daripada memasuki ladang kelapa sawit.
"Populasi gajah Borneo adalah terancam dan boleh pupus dalam jangka hayat kita dengan bilangannya kurang daripada 1,500 di dalam hutan Sabah.
"Kerjasama erat perlu dijalin dengan ladang yang berjiran dengan sama-sama memasang pagar elektrik dan memastikan haiwan itu tidak merayau keuar daripada habitat hutan.'
"Ini penting bagi memastikan gajah dapat akses berterusan ke hutan-hutan berhampiran dan untuk melindungi tanaman kelapa sawit," katanya.
Setakat Mei 2023, dianggarkan 86 peratus Syarikat perladangan memasang pagar elektrik di Rantau Tungku sementara 9.5 peratus dalam pelbagai peringkat pemasangan.
Beliau berkata, sebagai tambahan, Koridor Bagahak juga ditanam dengan pokok bagi menghubungkan Rizab Tabin dan Silabukan, yang bermula setahun lalu. Sekitar 10 hektar sudah ditanam dengan pokok ara dan pokok lain yang cepat membesar.
"Pokok ini ditanam di sepanjang empat kilometer Sungai Iban, Sungai yang mengalir menerusi Ladang Estet 1 Bagahak.
Koridor ini akan membantu populasi orang utan yang tinggal di Rizab Tabin dan Silabukan.
"Pada masa ini terdapat sekitar 1,200 orangutan yang tinggal di kawasan rendah timur Tabin, sementara 50 lagi di Silabukan," katanya.
Menurut pengurus besar Kumpulan Kelestarian Sawit Kinabalu, Nazlan Mohamad, baru-baru ini mereka menyertai WWF-Malaysia untuk meninjau kawasan sepanjang dua kilometer dan memasang perangkap kamera di Estet 1 Bagahak.
"Berdasarkan data WWF-Malaysia, 40 spesies haiwan dirakam di sepanjang koridor itu termasuk haiwan yang jarang ditemui dan spesies terancam.
"Ini kami anggap sebagai asas untuk hidupan liar yang terdapat di sepanjang koridor ini. Tinjauan tahunan akan dilkukan bagi memantau perubahan ekologi di sepanjang koridor berkenaan," katanya.
-- BERNAMA / Soon Li Wei
Bernama
Mon Sep 11 2023
Pengurus Tapak BORA, Zainal Zahari Zainuddin (tiga dari kanan) bersama Datuk Dr John Payne (kanan) dan petugas BORA sewaktu lawatan media ke Rizab Hidupan Liar Tabin. - Foto BERNAMA
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Rakyat Malaysia di Jordan jadi duta produk PMKS negara
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick menyarankan rakyat Malaysia yang menetap di Jordan supaya memainkan peranan sebagai “duta” untuk mempromosikan produk perusahaan mikro kecil dan sederhana (PMKS) SERTA koperasi negara.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tiba di Jakarta hari ini untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
SPRM mohon maklumat dari Jerman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maklumat terkini daripada pihak berkuasa Jerman mengenai dana bon 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dipercayai digunakan untuk membeli kereta mewah di negara itu pada 26 Okt 2022.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki melantik beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan dengannya membabitkan beberapa projek pembekalan melibatkan peruntukan kira-kira RM300,000.
Kembangkan kandungan tempatan melalui AI
Menurut Setiausaha Agung Organisasi Kerjasama Digital (DCO) Deemah Al Yahya, terdapat 2.7 peratus daripada penduduk dunia tidak berhubung malah tidak mempunyai sambungan asas internet. Beliau turut berkata infrastruktur pengkomputeran setiap negara perlu mempunyai kemampuan untuk mengembangkan kandungan tempatan khususnya yang melibatkan penggunaan AI.
AI tidak dapat ganti guru
Menteri Pendidikan Rwanda, Gaspard Twagirayezu berkata kepesatan teknologi AI dalam pendidikan tidak dapat menggantikan guru malah membantu guru dalam menyediakan bahan pengajaran yang bermanfaat kepada pelajar.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 April 2024.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia perlukan persaingan sihat dalam transisi ke Orde Baharu - Menteri Luar Arab Saudi
Menteri Luar Negeri Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan Al Saud berkata dunia memerlukan persaingan sihat dalam transisi daripada Orde Dunia Lama kepada Orde Baharu. Jelasnya, persaingan ini akan memberi manfaat dalam bentuk kos pengeluaran lebih rendah, perkembangan inovasi dan pelaburan lebih baik. #MesyuaratKhasWEF #WEF
Buru hidupan liar untuk juadah raya
Daging hidupan liar diburu kerana mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminatnya.
Dua rakan mengaku salah simpan 50 unit sumbu badak sumbu tanpa permit khas
Dua rakan mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Sepang hari ini atas dua pertuduhan menyimpan 50 unit sumbu badak sumbu, hidupan liar yang dilindungi tanpa permit khas, tiga tahun lepas.
Jubli Intan: Zoo Negara tawar tiket percuma buat kanak-kanak, warga emas
Zoo Negara akan menawarkan tiket masuk percuma kepada kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah bersempena dengan sambutan Jubli Intan Ulang Tahun ke-60, esok.
Warga Afrika Selatan dipenjara 24 bulan di Singapura kerana seludup 34.7 kg tanduk badak sumbu
Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Jumaat selepas mengaku bersalah kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.
Jual spesies hidupan liar eksotik dalam talian secara pesan hantar
Penggunaan media sosial yang luas dan kawalan privasi yang ketat menyukarkan usaha untuk menjejaki individu penjenayah yang sebenar.
'Terus gempur penjenayah hidupan liar, khazanah alam' - KPN
Jenayah hidupan liar dan khazanah alam negara akan terus menjadi tumpuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha banteras kegiatan haram itu.
Ikan air tawar diancam kepupusan
Ancaman itu disebabkan peningkatan kesan perubahan iklim dan akibat tangan manusia terhadap hidupan liar di bumi ini.
Empat sahabat terserempak harimau belang di Jalan Gua Musang-Lojing
"Kami berhenti dan merakam kejadian itu dari dalam kereta, selepas 20 minit harimau belang itu masuk semula ke dalam semak."
Serangan harimau: Penduduk takut ke kebun
Penduduk Kuala Tol mendakwa insiden serangan harimau belang hingga meragut nyawa di penempatan itu tidak pernah berlaku dalam tempoh lima dekad lepas.
OBK: 192 kes direkod, nilai rampasan RM40.282 juta
Hazani berkata rampasan barang kes OBK sejak Januari hingga September tahun ini berjumlah RM40.282 juta, menurun 53.16 peratus berbanding RM85.996 juta dicatatkan dalam tempoh sama pada 2022.