awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
Penganggur ditahan pukul pemandu e-hailing guna pengunci stereng di Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yahudi tidak ambil pengajaran masa silam mereka - Tun Mahathir

Asyraf Malik
Asyraf Malik
28/09/2025
06:50 MYT
Yahudi tidak ambil pengajaran masa silam mereka - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi pendirian tegas mengecam genosid Israel ke atas rakyat Palestin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan tindakan Israel terhadap rakyat Palestin sebagai genosid paling tidak berperikemanusiaan dalam era moden yang dilakukan tanpa rasa bersalah dan secara terang-terangan mencabul nilai kemanusiaan sejagat.

Ringkasan AI
  • Tun Dr Mahathir menyifatkan tindakan Israel sebagai genosid paling tidak berperikemanusiaan dalam era moden, dilakukan secara terang-terangan tanpa rasa bersalah, serta menyeru pemimpin dunia agar bangkit menentang pembunuhan beramai-ramai tersebut.
  • Beliau mengkritik sokongan terbuka Amerika Syarikat terhadap Israel, termasuk tindakan menafikan visa Presiden Palestin ke Perhimpunan Agung PBB, dan menyarankan penubuhan pasukan pengaman multinasional di bawah PBB bagi menghentikan rampasan Gaza.
  • Dr Mahathir menyambut baik langkah beberapa negara Eropah mengiktiraf Palestin sebagai negara berdaulat, sambil menekankan bahawa bangsa Yahudi yang dahulunya ditindas kini menindas bangsa lain, menunjukkan kegagalan belajar daripada sejarah.

Menurut beliau, sejak penubuhan negara Israel lebih 70 tahun lalu, rantau Asia Barat tidak pernah aman, dan konflik yang berterusan ini menjadi satu ironi sejarah apabila bangsa Yahudi yang dahulunya ditindas oleh rejim Nazi kini bertindak menindas bangsa lain.
"Apabila Nazi menindas orang Yahudi, ramai yang bersimpati terhadap penderitaan mereka. Tetapi kini, orang yang pernah ditindas pula menindas bangsa lain. Mereka tidak belajar apa-apa daripada sejarah.
"Sudah tiba masa pemimpin negara seluruh dunia bangkit menentang tindakan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel, mereka sombong serta jelas memperlekeh hak asasi manusia dan tamadun," ujar Dr Mahathir dalam satu hantaran video di platform media sosial miliknya.
Mengulas perkembangan antarabangsa, Dr Mahathir menyambut baik langkah beberapa negara Eropah yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara berdaulat.
Dalam pada itu, Dr Mahathir lantang mengkritik sokongan terbuka Amerika Syarikat terhadap Israel, termasuk tindakan menafikan visa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas untuk hadir ke Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Padahal ketika PBB ditubuhkan di New York, mereka berjanji semua pemimpin dunia boleh hadir. Niat Israel adalah jelas, iaitu mengusir semua rakyat Palestin dari tanah mereka atau menghapuskan kewujudan mereka sama sekali.
"Saya mendesak satu pasukan pengaman multinasional di bawah PBB dihantar, cubaan jijik Israel dan Amerika Syarikat untuk merampas Gaza harus dihentikan," kata Dr Mahathir menutup bicara.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Tun Dr Mahathir Mohamad
#kekejaman israel
#Genosid Gaza
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan