Yang DiPertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar dalam ucapan mengalukan pelantikan Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Wartha Moorthy sebagai Senator berkata, sebagai Ahli Dewan Negara mereka mestilah memahami perkara 44 dan 45 dalam Perlembagaan yang menyatakan kedudukan keanggotaan Dewan Negara.

"Ahli-ahli Yang Berhormat sekalian, paling utama sekali kita mestilah memahami kedudukan Yang di-Pertuan Agong dalam sistem pemerintahan "Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan," katanya.

Jelasnya penting bagi rakyat Malaysia kita mengikut acuan sejarah serta budaya amalan dan peruntukan perundangan terutama Perlembagaan yang telah lama diterima pakai sejak negara mencapai kemerdekaan

Di Malaysia ada Akta Hasutan, walaupun kita bebas berucap tetapi akta ini telah diluluskan dalam Dewan ini (Parlimen) juga oleh wakil-wakil rakyat, kalau tidak suka undang-undang itu, batalkan di dalam Dewan," katanya di Dewan Rakyat di sini hari ini.

"Kebebasan bersuara memang diperuntukkan dalam Perlembagaan tetapi di Malaysia ada had-had batasannya kerana perkara ini kadangkala boleh mengguris perasaan pelbagai kaum di negara ini.

"Oleh itu janganlah ada diantara Ahli-ahli Yang Berhormat di masa-masa kebelakangan ini mengeluarkan kata-kata yang keterlaluan yang mana boleh dianggap bukan sahaja melanggar ikrar sumpah dan setianya bahkan mempersoalkan kedudukan Yang di-Pertuan Agong dan menolak peruntukan Perlembagaan Negara,"

Tambah Abu Zahar walaupun ahli-ahli Dewan Negara mempunyai imuniti untuk berbahas mengenai pelbagai perkara tetapi mereka perlu melakukannya dengan bijak dan tidak membangkitkan perkara yang cenderung untuk melanggar undang-undang.