awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YaPEIM lancar tabung bantuan pemuliharaan Zoo Negara

Bernama
Bernama
02/12/2020
13:00 MYT
YaPEIM lancar tabung bantuan pemuliharaan Zoo Negara
YaPEIM dalam kenyataan memaklumkan pelancaran tabung itu sebagai tindak balas terhadap situasi penularan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada sektor pelancongan. - Facebook/ @znegaramalaysia
KUALA LUMPUR:Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) melancarkan Tabung Bantuan Pemuliharaan Haiwan bermula hari ini hingga 28 Feb depan bagi membantu meringankan beban kewangan pengurusan Zoo Negara.
YaPEIM dalam kenyataan hari ini memaklumkan pelancaran tabung itu sebagai tindak balas terhadap situasi penularan pandemik COVID-19 yang memberikan kesan kepada sektor pelancongan seperti Zoo Negara yang menjadi daya tarikan pelancong tempatan dan luar negara.
"Situasi semasa ini menyaksikan operasi Zoo Negara tidak dapat dijalankan seperti biasa dan kesan pemberhentian operasi juga memberi impak kepada semua haiwan yang terdapat di dalam Zoo Negara yang memerlukan makanan dan penjagaan harian.
"Orang ramai boleh menyalurkan sumbangan ke dalam tabung yang disediakan di 203 cawangan Ar-Rahnu YaPEIM di seluruh negara dalam tempoh tiga bulan bermula 2 Dis hingga 28 Feb 2021," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini melaporkan kos operasi Zoo Negara secara puratanya mencecah RM1 juta sebulan, meliputi pembayaran gaji kakitangan berjumlah RM400,000, keperluan makanan (RM350,000), bil elektrik (RM140,000) dan bil air RM40,000.
YaPEIM berharap usaha berkenaan akan mendapat sambutan daripada masyarakat serta pencinta haiwan sekali gus membantu meringankan beban pihak pengurusan Zoo Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Islam
#ekonomi
#pelancongan
#operasi
#COVID-19
#Zoo Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan