KUALA LUMPUR: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) akan melakukan anjakan paradigma dengan memberi tumpuan dalam penciptaan nilai berbanding penciptaan kekayaan bagi melahirkan pemimpin perniagaan, profesional dan sosial selain melahirkan lebih 70,000 bakat bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkata cabaran utama yang dihadapi ketika ini adalah penyertaan dan penguasaan ekonomi oleh bumiputera yang masih rendah.
Menurutnya, satu-satunya cara untuk menangani masalah ini adalah dengan melatih semula dan menaik taraf kemahiran baharu bakat bumiputera bagi memenuhi keperluan sektor-sektor baharu dan lama.
“Melalui pendekatan ini kita dapat menyediakan platform kepada bakat bumiputera daripada menjadi pekerja kelas pertengahan kepada mereka yang sama ada menerajui syarikat berkaitan kerajaan atau perbadanan serta komuniti masyarakat.
“Dan mungkin juga menyediakan dana kepada mereka yang ingin menjadi usahawan dan juga pemilik bisnes supaya daripada situ kita dapat menyelesaikan kenyataan permasalahan kita,” katanya semasa sesi temu bual eksklusif bagi sambutan ulang tahun ke-12 Yayasan Peneraju di Mercu UEM di ibu negara.
Yayasan Peneraju juga akan memberi penekanan yang lebih khusus untuk tahun ini dan mendatang kepada tiga sektor iaitu perkhidmatan perniagaan, specialis dan teknologi.
“Setelah 12 tahun beroperasi, Yayasan Peneraju merupakan antara salah satu badan pendidikan Bumiputera yang unggul dalam penyediaan bakat dalam sektor perkhidmatan perniagaan, perakaunan serta kewangan seperti Chartered Financial Analyst (CFA).
“Yayasan Peneraju juga memberi latihan teknologi kepada bakat Bumiputera dalam sektor teknologi seperti sains data, pemodel data, penganalisis system dan keselamatan serta pensijilannya juga akan diiktiraf antarabangsa," katanya.
Tambahnya, Yayasan Peneraju turut menyediakan khidmat sokongan kepada para penerima faedah tamat program melalui komuniti Peneraju Alumni untuk membina jaringan yang kukuh dengan menyumbang semula kepada individu, komuniti atau negara serta menggalakkan pembangunan diri.
Dalam usaha mengembangkan lagi sayap mereka, Yayasan Peneraju juga kini giat mengintai kumpulan yang lebih besar atau tertumpu seperti di Sabah dan Sarawak dengan memberi penekanan terhadap sektor High-Growth-High-Value.
Beliau turut memaklumkan bahawa Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli akan melancarkan penjenamaan semula Yayasan Peneraju pada 18 April depan yang melambangkan hala tuju untuk tempoh 10 tahun akan datang semasa sesi dialog beliau bersama penerima faedah.
Astro Awani
Fri Feb 16 2024
Rafizi bergambar bersama Ibrahim dan tenaga kerjanya ketika lawatan ke Mercu UEM di ibu negara - Gambar Yayasan Peneraju
62 jemaah haji jatuh sakit, paling ramai akibat jangkitan paru-paru
Kesemua jemaah yang sedang dirawat itu berada dalam keadaan stabil.
Pantau Agenda Reformasi: Hari Tanpa Tembakau: Melindungi Generasi Masa Depan
Ikuti kupasan Pengarah Urusan Persatuan Kanser Kebangsaan Kebangsaan Malaysia (NCSM), Dr. Murallitharan Munisamy, mengenai aspek kesihatan bersempena Hari Tanpa Tembakau yang disambut pada 31 Mei setiap tahun.
Berlangsung dalam dua siri, SIBS 2024 sasar nilai transaksi sebanyak RM7 bilion
Selangor International Business Summit (SIBS) 2024 menyasarkan potensi nilai transaksi sebanyak RM7 bilion pada tahun ini, meningkat daripada RM6.12 bilion pada tahun sebelumnya.
Jangkitan paru-paru antara punca ramai jemaah haji dirawat di hospital
Seramai 62 jemaah haji Malaysia kini sedang menerima rawatan di Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) dan Hospital Arab Saudi.
Google, Magic Leap bekerjasama untuk pengeluaran produk realiti terimbuh
Kerjasama ini akan menggabungkan kepakaran mereka dalam perkakasan dan kepakaran Google dalam platform.
Imej 'All eyes on Rafah' dikongsi 44 juta kali dalam talian
Imej dijanakan kecerdasan buatan (AI) yang bertulis 'All eyes on Rafah' dikongsi lebih 44 juta kali.
Malaysia mampu kekal peserta utama semikonduktor global
Terdapat kira-kira 75 kilang fabrikasi semikonduktor (fabs) di Asia Pasifik, dan Malaysia menempatkan lapan daripada kilang-kilang ini, menunjukkan kedudukan penting negara dalam landskap semikonduktor serantau.
Arab Saudi kemuka dokumen jual sebahagian kepentingan Aramco
Pelabur telah lama menjangkakan penjualan saham berkenaan susulan Aramco sedang memperluaskan asasnya sambil menjana dana.
Malaysia Airlines terima tiga pesawat A330neo pada 2024
Malaysia Airlines akan menerima penghantaran tiga A330neo tahun ini, dengan yang pertama dijangka tiba pada suku ketiga 2024, sekali gus mengukuhkan penawaran produk utamanya serta prospek pertumbuhan masa depan dengan kumpulan pesawat berbadan lebar baharu dan susun atur kabin premium serba baharu.
US$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
Bank Negara Malaysia berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing berjumlah US$15.35 bilion.
Mohd Redzuan dilantik Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Peneraju
Pelantikan ahli LPA baharu itu diharap dapat mempercepat aspirasi agensi itu dalam memupuk dan membangun modal insan dan menjadikan mereka berdaya saing dalam pelbagai sektor.