awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 630 kit bantuan bencana banjir

Bernama
Bernama
20/03/2025
23:30 MYT
Yayasan Sultan Ibrahim Johor sumbang 630 kit bantuan bencana banjir
Mohd Anizam turut menyampaikan sumbangan pasca bencana kepada Pengarah JKM negeri Ahmad Hashim Selamat berupa 1,000 helai selimut dan 800 lampin pakai buang. - Foto Facebook/Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) menyumbang sebanyak 630 kit bantuan bencana kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan itu disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ Mohd Anizam Jamian kepada Pegawai Askar Timbalan Setia Negeri Johor Leftenan Mohd Syafiq Md Zabri sebelum diagihkan kepada mangsa banjir.
Mohd Anizam turut menyampaikan sumbangan pasca bencana kepada Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Ahmad Hashim Selamat berupa 1,000 helai selimut dan 800 lampin pakai buang.
Hantaran sama memetik Ahmad Hashim yang menzahirkan penghargaan kepada YSIJ di atas sumbangan kepada JKM.
"Kami amat menghargai kerjasama yang diwujudkan antara YSIJ dan JKM bagi membantu rakyat Johor yang memerlukan terutamanya pada musim banjir," katanya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#YSIJ
#kit bantuan
#Banjir 2024
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan