GADGETS
YouTube luaskan ciri Jump Ahead ke aplikasi TV untuk pengguna Premium

YouTube perluaskan ciri Jump Ahead ke aplikasi TV untuk pengguna Premium. -Amanz
YOUTUBE memperluaskan ciri Jump Ahead kepada aplikasi TV yang membolehkan pengguna Premium melangkau terus ke bahagian paling menarik dalam sesebuah video.
Ringkasan AI
- YouTube perluaskan ciri Jump Ahead ke aplikasi TV untuk pengguna Premium.
- Ciri ini guna AI untuk kenal pasti bahagian video yang sering dilangkau dan tampilkan titik penanda pada bar fast-forward.
- Jump Ahead ditawarkan secara berperingkat pada pelbagai peranti termasuk TV pintar.
Ciri ini direka bagi meningkatkan pengalaman menonton dengan membawa penonton terus ke bahagian yang lebih relevan.
Pada peranti mudah alih, pengguna perlu menekan butang khas untuk menggunakan fungsi ini. Namun bagi versi TV, penanda dalam bentuk titik akan muncul pada bar fast-forward sebagai penunjuk kepada bahagian popular.
Apabila pengguna menekan butang itu pada alat kawalan jauh, titik berkenaan akan dileret dan menekan sekali lagi membolehkan video melangkau ke bahagian yang dimahukan.
Sebelum pengenalan Jump Ahead, pengguna hanya boleh melangkau beberapa saat ke hadapan dengan menekan dua kali, manakala ikon gelombang (waveform) yang disediakan YouTube tidak mesra pengguna untuk mengenal pasti bahagian penting dalam video.
Menurut sumber, ciri Jump Ahead ini ditawarkan secara berperingkat dan mula tersedia pada pelbagai peranti termasuk TV pintar. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami