GADGETS
YouTube terima ciri Google AI Overviews

YouTube menguji ciri AI Overviews untuk memberikan saranan video yang lebih relevan kepada pelanggan Premium terpilih. -Gambar fail
CIRI carian AI Overviews yang diperkenalkan di Google Search kini telah dikembangkan ke YouTube.
Ringkasan AI
- YouTube menguji ciri AI Overviews untuk memberikan saranan video yang lebih relevan kepada pelanggan Premium terpilih.
- AI Overviews menyarankan video berdasarkan relevansi, walaupun frasa carian tidak terkandung dalam tajuk video.
- Ciri ini dihentikan sementara tahun lalu kerana memberikan maklumat tidak tepat, tetapi diharapkan telah ditambah baik.
Contohnya apabila carian “fon kepada terbaik” dilakukan, AI Overviews akan menyarankan video-video yang dirasakan relevan walaupun ia frasa ini tidak terkandung pada tajuk video.
Tiada tangkapan layar bagaimanakah AI Overviews memberikan saranan kandungan kepada pengguna pada ketika ini.
Cuma yang diharapkan ialah AI Overviews telah ditambah baik sejak setahun lalu bagi mengelakkan insiden maklumat salah berulang.
Tahun lalu ciri ini dihentikan seketika selepas ia memberikan maklumat tidak tepat seperti Obama ialah Presiden beragama Islam Amerika Pertama dan meletakkan gam pada piza untuk keju lebih likat. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami