awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyelarasan pemeriksaan di KLIA lancarkan pergerakan penumpang, jamin keselamatan
[KOLUMNIS] Implikasi penyakit akuakultur terhadap keselamatan makanan negara
Waspada iklan badal haji RM1,500, umat Islam diingatkan elak jadi mangsa penipuan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video

Amanz
Amanz
20/04/2024
09:06 MYT
YouTube uji ciri 'tanya AI' untuk rumuskan video
Apabila butang Ask ditekan, beberapa dialog diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini. -Amanz
GOOGLE secara perlahan telah mula mengintegrasikan banyak ciri AI generatif pada YouTube.
Pada awalnya adalah pemalam untuk Gemini, agar chatbot AI ini boleh merumuskan video.
Kemudian turut ada Jump Ahead untuk melangkau ke babak menarik bagi mengelak anda berasa bosan.
Terbaharu, YouTube menguji butang “Tanya” untuk AI merumuskan video atau menjawab apa jua soalan berkaitan video yang sedang ditonton.
Butang “Ask” berada di sebelah butang kongsi. Apabila ditekan, beberapa dialog telah diberikan oleh chatbot dengan gambar profil seakan ikon Gemini.
YouTube dilihat mencadangkan pengguna untuk merumuskan video dan juga mencari kandungan berkaitan.
Akan tetapi dalam cubaan saya sendiri, tanya butiran hos dalam video dan banyak lagi. Tetapi AI tetap AI kerana Google turut memberikan amaran yang halusinasi masih boleh berlaku dan jawapan yang diberikan mungkin salah atau tidak sama dengan dalam video.
Jika anda adalah pencipta kandungan dan tertanya, adakah AI merumuskan video akan menjejaskan jumlah tontonan atau interaksi pengikut dan penonton lain seperti Google SGE yang mengurangkan trafik ke laman web?
Menurut Google ia tidak, kerana video masih dimainkan dan ciri Ask ini adalah seakan bersembang di ruangan komen dengan balasan yang diterima adalah lebih pantas.
Buat masa ini ciri ini terhad kepada pengguna YouTube Premium di Amerika Syarikat. Untuk mencuba di Malaysia anda perlu menggunakan VPN dan ciri memanipulasi lokasi peranti. -Amanz
Topic Berkaitan
#Google
#AI Generatif
#YouTube
#chatbot AI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan