awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Delegasi Hamas tiba di Mesir, bincang pelanjutan gencatan senjata
Rusia tahan doktor kanan selepas sembilan bayi maut di hospital Siberia
KOPEMA terima anugerah penghargaan, iktiraf peranan pembangunan ekonomi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YouTube uji program baharu benarkan saluran diharamkan kembali aktif

Amanz
Amanz
11/10/2025
05:00 MYT
YouTube uji program baharu benarkan saluran diharamkan kembali aktif
YouTube kini membenarkan pemilik saluran yang diharamkan untuk memohon membuka saluran baharu melalui program rintis, dengan syarat tertentu dan selepas tempoh menunggu setahun. -Foto Amanz
APABILA menggunakan sesebuah perkhidmatan, pengguna harus mematuhi garis panduan yang diberikan.

Ringkasan AI
  • YouTube kini membenarkan pemilik saluran yang diharamkan untuk memohon membuka saluran baharu melalui program rintis, dengan syarat tertentu dan selepas tempoh menunggu setahun.
  • Saluran yang diharamkan kerana pelanggaran serius seperti cetak rompak, kandungan membahayakan kanak-kanak, atau aktiviti berbahaya di luar platform tidak layak untuk kembali.
  • Kandungan lama akan dipadam dan saluran baharu perlu membina semula pengikut dari sifar, namun video lama boleh dimuat naik semula.

Di YouTube, saluran yang melanggar harta intelek, memuat naik kandungan jelek dan terlibat dengan jenayah berat akan dipadam.
Wujud beberapa insiden pemilik akaun cuba membuat akaun kedua tetapi ia turut diharamkan kerana pengharaman yang diberikan adalah muktamad.
Hari ini YouTube memperkenalkan program rintis membenarkan pemilik saluran yang diharamkan untuk membuka saluran baharu.
Mereka perlu membuka YouTube Studio untuk melakukan permohonan saluran baharu selepas diharamkan. Mereka juga boleh memohon untuk menyertai semula YouTube Partner Program.
Tidak semua saluran akan dibenarkan kembali. Akaun yang diharamkan kerana memuat naik kandungan cetak rompak, membahayakan kanak-kanak, dan pemilik masih meneruskan aktiviti berbahaya di luar YouTube tidak akan diberikan pilihan untuk kembali.
Akaun yang baru diharamkan perlu menanti selama setahun sebelum boleh memohon saluran baharu.
Kandungan lama masih lagi akan terpadam tetapi pemilik saluran boleh memuat naik semula video yang telah dihasilkan.
Selain itu saluran baharu juga perlu membina semula pengikut daripada sifar kerana pengikut saluran lama tidak akan dipindahkan. -Amanz
Topic Berkaitan
#YouTube
#Cetak rompak
#saluran yang diharamkan
#saluran baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan