awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Enam murid di Kota Tinggi disahkan hidap tibi
Bekas kapten Terengganu Zulharisam Awang meninggal dunia
UK lapor 36 kes berisiko keracunan susu formula bayi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor

Bernama
Bernama
17/01/2025
21:30 MYT
YSIJ sumbang 105 televisyen pintar kepada sekolah di Johor
Sumbangan televisyen pintar fasa ketiga itu disampaikan oleh Avinderjit Singh (dua dari kiri)kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Mohd Hanafi Samad (dua dari kanan), pada Jumaat. - Gambar Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR: Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) pada Jumaat menyumbangkan 105 televisyen pintar (Smart TV) kepada sekolah-sekolah terpilih di negeri Johor.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sumbangan televisyen pintar fasa ketiga itu disampaikan oleh Pemegang Amanah Urusan YSIJ, Datuk Avinderjit Singh, pada satu majlis di Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ), Mohd Hanafi Samad.
Hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif YSIJ, Mohd Anizam Jamian dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor, Aznan Tamin.
Aznan, dalam ucapannya, mengucapkan terima kasih kepada YSIJ atas usaha murni tersebut dan berharap ia dapat menjadi inspirasi kepada pihak lain untuk turut serta dalam menyokong pembangunan pendidikan di negeri Johor.
"Saya juga mendoakan agar pihak sekolah akan menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya untuk para pelajar mencapai kecemerlangan dalam pembelajaran," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#YSIJ
#Yayasan Sultan Ibrahim Johor
#televisyen pintar
#Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan