MALAYSIA
YTL Power jangka lancar Model Bahasa Luas pada Sidang Kemuncak ASEAN AI 2025

AAMS25 dijadual berlangsung pada 12 dan 13 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. -Foto YTL Power
PUTRAJAYA: YTL Power menyatakan komitmennya untuk membangunkan ekosistem kecerdasan buatan (AI) yang lengkap di Malaysia, merangkumi infrastruktur AI dan pembangunan model bahasa luas (LLM) tempatan, yang dijangka dilancarkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN AI 2025 (AAMS25).
Ringkasan AI
- YTL Power komited membangunkan ekosistem AI lengkap di Malaysia, termasuk infrastruktur AI dan model bahasa tempatan bernama Ilmu, yang akan dilancarkan sempena Sidang Kemuncak ASEAN AI 2025 (AAMS25).
- AAMS25 akan berlangsung pada 12-13 Ogos di MITEC, Kuala Lumpur, menghimpunkan lebih 1,500 delegasi ASEAN untuk membincangkan kerjasama serantau, pengukuhan ekosistem AI, dan dasar AI yang inklusif serta bertanggungjawab.
- Sidang ini disokong oleh rakan strategik seperti YTL, Huawei, Telekom Malaysia dan lain-lain, serta menampilkan kolaborasi kreatif Prompter Malaysia.
Jelas beliau, Malaysia kini berupaya memanfaatkan kepakaran NVIDIA, yang merupakan pembangun cipset GPU GP200 bagi menyokong pelbagai penyelesaian AI tempatan.
"Dalam masa sama, kami juga akan melancarkan model bahasa tempatan Malaysia yang dinamakan ‘Ilmu’,” katanya dalam sesi taklimat media sempena AAMS25 di sini, hari ini.
AAMS25 dijadual berlangsung pada 12 dan 13 Ogos ini di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.
Sidang kemuncak berprestij itu dijangka menghimpunkan pemimpin serantau, pakar industri serta tokoh akademik bagi membincangkan hala tuju dan masa depan kecerdasan buatan (AI) di Asia Tenggara.
AAMS25 bakal menjadi platform utama untuk kolaborasi rentas negara dalam membina ekosistem AI serantau yang inklusif, bertanggungjawab dan berdaya saing.
Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Digital, Fabian Bigar, AAMS25 dijangka menghimpunkan lebih 1,500 delegasi dari negara anggota ASEAN.
Tiga agenda utama sidang kemuncak itu ialah:
1. Kenyataan bersama Menteri-Menteri Digital ASEAN mengenai kerjasama serantau dalam bidang AI;
2. Usaha memperkukuh ekosistem AI serantau; dan
3. Perkongsian amalan terbaik serta hala tuju pembangunan dasar AI yang bertanggungjawab dan inklusif di rantau ini.
AAMS25 disokong oleh rakan strategik seperti YTL selaku penaja utama, Huawei, Telekom Malaysia, Inspur dan VCI Global, serta menampilkan kolaborasi kreatif Prompter Malaysia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami