awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup

Astro Awani
Astro Awani
12/09/2024
02:30 MYT
Yusoff Rawther didakwa edar kanabis, berdepan penjara seumur hidup
Muhammed Yusoff dibawa ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, selepas polis menemui senjata dan dadah dalam kenderaan dinaikinya. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Muhammed Yusoff Rawther didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas satu pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis, dalam kenderaan dinaikinya minggu lalu.
Bekas pembantu penyelidik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengangguk faham selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret S Arunjothy.
Namun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh susulan kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Terdahulu Muhammed Yusoff yang memakai baju-T berwarna hitam tiba di mahkamah dengan diiringi polis dalam keadaan bergari.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 305 gram di kawasan tempat letak kereta hadapan surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, pada jam 10.15 pagi 6 September lalu.
Dia dituduh mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Sabri Othman sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali.
Mahkamah kemudiannya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 12 Nov depan untuk laporan kimia berhubung kes tersebut.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa mengesahkan penahanan Muhammed Yusoff, susulan penemuan dua pucuk pistol dipercayai tiruan dan satu ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja, di dalam kenderaan dinaikinya di Jalan Bukit Kiara, di sini.
Suspek ditahan reman selama enam hari sejak Sabtu lalu.
Pada 6 Jun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan tujuh hari bermula 16 Jun 2025 untuk perbicaraan penuh berhubung kes saman Muhammad Yusoff yang mendakwa diserang secara seksual oleh Anwar.
Dalam saman yang difailkan terhadap Anwar pada 14 Julai 2021, Muhammad Yusoff mendakwa dia diserang secara seksual di rumahnya di Segambut pada Okt 2018.
Topic Berkaitan
#Dadah
#penjara seumur hidup
#kanabis
#Yusoff Rawther
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan