KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa terdapat penglibatan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam pengeluaran wang Yayasan Akalbudi milik bekas Timbalan Perdana Menteri itu, berjumlah RM17.9 juta yang digunakan untuk pembelian sijil simpanan tetap dan saham.
Sambil menunjukkan carta aliran pengeluaran wang tersebut di mahkamah, Pegawai Penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Muhammad Fazli Zulkifli, 36, menjelaskan bahawa daripada jumlah itu, RM8.6 juta digunakan untuk membayar deposit saham kepada Ri-Yaz Assets Sdn Bhd manakala RM9.3 juta bagi pembelian sijil simpanan tetap.
"Pengeluaran wang daripada akaun Affin Bank milik Yayasan Akalbudi kepada akaun Maybank Tetuan Lewis & Co (pemegang amanah Yayasan Akalbudi) itu adalah arahan Datuk Seri Ahmad Zahid," katanya ketika membacakan penyataan saksinya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Sazilee Abdul Khairi.
Beliau berkata demikian pada hari ke-47 perbicaraan kes Ahmad Zahid yang menghadapi pertuduhan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram, melibatkan jutaan ringgit dana Yayasan Akalbudi.
Saksi pendakwaan ke-93 itu berkata wang berjumlah RM8.6 juta dibayar kepada Ri-Yaz Assets bagi tujuan pembayaran deposit pembelian saham 60 peratus milik pemegang saham syarikat itu, Tan Sri Rashid Manaf oleh anak Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah.
"Pembayaran RM8.6 juta itu dibuat melalui firma guaman, Tetuan Lewis & Co kepada Ri-Yazz Assets setelah perbincangan antara Datuk Seri Ahmad Zahid, Datuk Nurulhidayah, Datuk Mohammad Shaheen Shah Mohd Sidek (pengarah Ri-Yaz Assets), Datuk Mat Noor Nawi (pengerusi Exim Bank) dan Norzilah Mohamad (ketua pegawai eksekutif Exim Bank).
"Nurulhidayah berminat mengambil alih 60 peratus saham Tan Sri Rashid dalam Ri-Yaz Assets dan meminta pihak Exim Bank menyusun semula pinjaman syarikat itu dengan Exim Bank bagi memanjangkan tempoh pinjaman dan mengeluarkan nama Tan Sri Rashid sebagai penjamin dengan menggantikan nama Datuk Nurulhidayah," katanya.
Beliau berkata siasatan dengan pihak Exim Bank mendapati Ri-Yaz Assets telah membayar tunggakan hutangnya berjumlah RM8.3 juta (AS$2.058 juta) menggunakan wang yang diperoleh daripada Lewis & Co bagi menyelesaikan tunggakan bayaran balik pinjaman untuk pembelian hotel di Bali, Indonesia oleh syarikat itu.
"Terdapat lebihan bayaran disebabkan perbezaan tukaran ringgit kepada ASD pada ketika itu berjumlah RM254,879.10. Wang itu telah dipulangkan kembali kepada firma guaman itu menerusi cek," katanya.
Muhammad Fazli berkata hasil siasatannya, Nurulhidayah telah dilantik sebagai pengarah Ri-yaz Assets pada 27 Januari 2017 bagi menggantikan Abdul Rashid yang meletak jawatan sebagai pengarah pada tarikh sama.
"Datuk Nurulhidayah kemudiannya meletakkan jawatan sebagai pengarah syarikat tersebut pada 31 Jan 2017. Bagaimanapun, kedua-dua pihak iaitu Rashid dan Datuk Nurulhidayah tidak meneruskan perjanjian jual beli saham itu.
"Setelah perjanjian saham tersebut tidak diteruskan, Datuk Nurulhidayah dan Datuk Seri Ahmad Zahid meminta supaya wang berjumlah RM8.3 juta dikembalikan kepada Lewis & Co kerana ia adalah wang Yayasan Akalbudi," katanya.
Saksi itu juga berkata hasil siasatannya mendapati Nurulhidayah tiada sebarang jawatan dalam Yayasan Akalbudi.
"Pada masa itu, Datuk Nurulhidayah bekerja dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sebagai pengarah pemasaran," katanya ketika menjawab soalan Ahmad Sazilee.
Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin ini.
- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 05 2021

Ahmad Zahid, 68, berdepan 47 pertuduhan dengan 12 daripadanya membabitkan pecah amanah, lapan rasuah dan 27 pengubahan wang haram, melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi. - Foto BERNAMA

Kerajaan negeri, pihak berkuasa keselamatan pantau SOP bazar Ramadan
Kerajaan negeri akan meminta kerjasama daripada pihak berkuasa keselamatan seperti polis dan askar.

Jaringan Leandro, Bergson bantu JDT atasi Sri Pahang FC
Jaringan dua pemain import Leandro Velazquez dan Bergson da Silva menghadiahkan kemenangan kesembilan buat Johor Darul Ta'zim (JDT).

COVID-19 | Peningkatan kes global membimbangkan - WHO
Jumlah kes COVID-19 global setiap minggu meningkat hampir dua kali ganda sepanjang dua bulan lepas. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata, jumlah kes baharu ketika ini semakin hampir mencecah kadar jangkitan tertinggi yang pernah direkodkan dalam pandemik ini.

Kelindan lori terlibat kemalangan dengan ambulans meninggal dunia
Kelindan lori yang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah ambulans membawa pesakit COVID-19, maut ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, pada Jumaat.

Iklan Judi Raya | Pelakon akui silap, patut ambil tahu isi kandungan
Pelakon iklan kontroversi Hari Raya yang tular pada Jumaat, tampil membuat penjelasan dan mengakui dia serta pelakon-pelakon lain yang terlibat, tidak tahu iklan itu dikaitkan dengan aktiviti judi. Saifullah Mohd Yunus mendedahkan kepada MStar, dia hanya mengetahui iklan terbabit mempromosikan perjudian dalam talian selepas 70 peratus proses penggambaran selesai.

Video Tular | Iklan judi hina agama Islam - JAKIM
Kandungan video dipercayai mengandungi iklan judi sempena Hari Raya Aidilfitri menimbulkan kegusaran dan rasa tidak senang dalam kalangan masyarakat khususnya umat Islam di negara ini.

Bazar Ramadan | MBPP keluarkan 23 notis amaran
23 notis amaran dikeluarkan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) kepada penganjur =bazar Ramadan di negeri itu yang gagal memastikan prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh tiga hari Ramadan.

Takziah | Jenazah Abu Bakar selamat dikebumikan
Jenazah pelakon veteran Abu Bakar Omar, 72 tahun, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Akar Peluru di Alor Setar, pada 5.40 petang Jumaat. Terdahulu, jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Al Ghufran, Jalan Pegawai dari kediamannya di Jalan Bukit Nyamuk, Kuala Nerang untuk disembahyangkan.

COVID-19 | PKPD di 4 lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang
Kerajaan bersetuju melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di empat lokaliti di Sabah, Kelantan dan Pahang. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan, PKPD itu membabitkan dua kawasan di Sabah dan masing-masing satu kawasan di Kelantan dan Pahang.

Kematian | Kanak-kanak maut lemas jatuh bendang
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ditemui lemas selepas terjatuh ke dalam lubuk air sedalam dua meter ketika berbasikal berhampiran sawah padi di Kampung Hutan Kandis, Arau. Ketua Polis Daerah Arau SUPT Nanda Maarof berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang Jumaat.

Annuar tidak setuju desakan Zahid letak jawatan
Annuar berkata proses demokrasi dalam parti mesti berjalan seperti biasa tanpa kekalutan yang tidak diperlukan.

Beri laluan Najib kemudi parti pada PRU15 - Ketua UMNO Kubang Pasu
Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kelebihan untuk kembali memimpin UMNO dan membawa kebangkitan semula parti seperti sebelum ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita dalam negara yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 12 April 2021.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.

Audio tular: Bila bab video dan audio ini Azmin sememangnya pandai, sindir Anwar
Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim secara sinis menyifatkan Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai 'pakar audio dan video'.

Ismail Sabri layak jadi tonggak UMNO dalam PN - Penganalisis politik
Melantik Ismail Sabri Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri merupakan langkah terbaik jika itu dapat menstabilkan politik negara.

Audio tular: Tun Faisal ajak Zahid Hamidi bersumpah untuk bersihkan nama
Tun Faisal terpalit dengan tuduhan menjadi individu terlibat merakam atau mencipta audio yang tular itu.

Segerakan pemilihan Presiden UMNO selepas darurat tamat - Ketua Bahagian Seremban
UMNO wajar memilih presiden baharu pada pemilihan yang perlu dibuat segera selepas Proklamasi Darurat yang diisytiharkan sehingga 1 Ogos ini tamat.

Audio tular: Azmin yakin sahih, pengkhianatan terbesar Anwar
Azmin sifatkan tindakan Anwar itu merupakan satu pengkhianatan terbesar kepada PKR dan Pakatan Harapan (PH) secara umumnya.

Audio tular: Pihak berkuasa akan siasat secara profesional dan adil - Takiyuddin
Kerajaan menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan isu berkenaan kepada pihak polis.