awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahid sahkan petisyen Najib tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
30/04/2023
12:29 MYT
Zahid sahkan petisyen Najib tidak dibincangkan dalam Lembaga Pengampunan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar kenangan pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Kompleks Sri Satria hari ini. - BERNAMA
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Lembaga Pengampunan yang bersidang pada Jumaat lalu tidak membincangkan mengenai petisyen rayuan pengampunan yang difailkan oleh Datuk Seri Najib Razak, untuk diampun dan dibebaskan daripada penjara.
Sebaliknya, beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata, Lembaga Pengampunan masih menunggu waktu yang sesuai untuk memasukkan agenda itu dalam mesyuarat berkenaan.
"Mesyuarat itu berlangsung pada 28 April lalu. Sebagaimana yang kita ketahui agenda pengampunan tidak dimasukkan kerana Lembaga Pengampunan memikirkan bahawa akan ada waktu yang paling sesuai untuk Lembaga Pengampunan memasukkan agenda itu.
"Kita tunggulah sebarang kenyataan atau perkembangan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri selaku urus setia lembaga terbabit," katanya kepada pemberita selepas Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, sekali lagi mengulangi pendirian parti itu mengenai isu pengampunan diraja terhadap Najib.
"Saya fikir pendirian UMNO melalui kenyataan Setiausaha Agung, Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) adalah pendirian rasmi.
"Memohon pengampunan kepada bekas Perdana Menteri dan bekas Presiden UMNO itu adalah tanggungjawab sebagai sebuah parti yang pernah beliau ketuai.
"Ini adalah pendirian kita dan juga dihormati pihak lain terutamanya rakan-rakan komponen dalam Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.
Dalam pada itu ketika ditanya mengenai kenyataan Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad baru-baru ini berhubung isu pengampunan terhadap Najib, beliau berkata, selepas perbincangan dengan kepimpinan atasan parti itu, mereka berpendapat itu adalah pendapat peribadi beliau.
"Saya harap individu itu dapat membeza pendapat peribadi beliau dengan parti keseluruhan. Bagi saya beliau harus belajar menghormati rakan-rakan di parti lain dalam komponen Kerajaan Perpaduan.
"Jangan ada tanggapan seolah-olah beliau sebagai individu berada dalam kepompong pembangkang.
"Lupakan soal-soal perbezaan ini dan jumpa dengan saya sendiri untuk mendapatkan pengesahan tentang pendirian parti saya, UMNO, terhadap isu yang dibangkitkan beliau. Jangan hanya membaca apa yang tersurat, lihat apa yang tersirat juga," ujarnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Zahid Hamidi
#Pengampunan Diraja
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan