Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi digesa agar tidak mempolitikkan isu pelarian Rohingya kerana ia melibatkan isu kemanusiaan, kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Beliau berkata, walaupun Kerajaan Negeri Pulau Pinang sudah menyatakan mereka bersedia memberi kerjasama penuh, namun mereka tidak dapat sebarang maklumat daripada kerajaan pusat mengenai penempatan pelarian Rohingya itu.
"Kerajaan negeri tidak pernah mempolitikkan isu keselamatan negara. Kami memberi kerjasama penuh dalam perkara ini. Namun mereka tidak memberi sebarang informasi kepada kami.
"Zahid, janganlah main-main isu kemanusiaan ini. Buatlah kerja anda sebaiknya sebagai Menteri Dalam Negeri," tambah Guan Eng dalam satu sidang media hari ini di Parlimen.
Dalam pada itu, Guan Eng berkata tindakan Zahid tidak memberitahu sebarang maklumat kepada kerajaan negeri adalah sebagai taktik kotor Barisan Nasional (BN) setelah kalah Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei lalu.
"Mereka mahu kami bertindak, namun tiada maklumat langsung diberikan. Ini adalah taktik kotor balas dendam kerana tewas Permatang Pauh.
"Dalam RMK-11 (Rancangan Malaysia ke-11), Pulau Pinang tidak diberi perhatian. Dikeluarkan daripada senarai bandar raya utama. Namun secara tiba-tiba bagi isu Rohingya ini ada pula nama negeri Pulau Pinang.
"Saya tahu dia ada masalah dalam UMNO, tapi ini bukan caranya. Biarlah kita buat secara berbudi," tambah beliau.
Jelas beliau, walaupun Zahid menyeru kerajaan negeri Pulau Pinang bertindak untuk mengawal isu pelarian Rohingya, namun sumber tenaga dan kuasa semuanya terletak pada Kerajaan Pusat.
"Sumber tenaga daripada kerajaan pusat. Kuasa pun daripada kerajaan pusat. Imigresen, tentera semua daripada kerajaan pusat. Adakah dia (Zahid) akan memberi kuasa ini kepada kerajaan negeri? Dia pun tahu dia tidak akan beri (kuasa) kepada kami," jelas Guan Eng.
Dalam sidang media yang sama, Guan Eng juga menafikan sama ada beliau pernah bercakap kepada media antarabangsa mengenai isu Rohingya.
"Ada media antarabangsa memutarbelitkan kenyataan saya, dengan menyatakan saya tidak bersedia membantu pelarian Rohingya. Itu semua tidak benar," kata Guan Eng.
Mariah Ahmad
Mon May 25 2015
GUAN ENG: Ada media antarabangsa memutarbelitkan kenyataan saya, dengan menyatakan saya tidak bersedia membantu pelarian Rohingya. Itu semua tidak benar.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Isu sijil halal: 'DAP akan terus berdiri bersama Teresa Kok' - Guan Eng
Lim Guan Eng, menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok berhubung cadangan mewajibkan pensijilan halal, tidak menyentuh isu 3R iaitu kaum, agama dan raja.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.