Pakatan Harapan belum memutuskan siapa yang akan dilantik menganggotai jawatankuasa penaja gabungan pembangkang yang bakal dibentuk tidak lama lagi, kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.
Beliau berkata setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
"Kami belum membuat sebarang keputusan mengenainya kerana jawatankuasa penaja itu belum melantik pemegang jawatan. Perkara itu akan hanya diputuskan pada mesyuarat akan datang," katanya pada sidang berita di sini, hari ini.
Bagaimanapun, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, berkata DAP sudah membuat keputusan tentang empat anggotanya yang akan menganggotai jawatankuasa berkenaan.
"Tetapi, saya tak boleh umumkannya sekarang, kami akan umumkan bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain," katanya.
Laporan sebuah portal dalam talian semalam menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penasihat jawatankuasa penaja 16 anggota itu, yang akan dibahagi secara sama rata dalam kalangan empat parti pembangkang berkenaan.
Ditanya tentang hasrat 12 daripada 13 Kawasan PAS di Pulau Pinang untuk memutuskan hubungan dengan PKR baru-baru ini, Lim berkata perkara itu tidak memeranjatkan kerana ia (PAS) tidak mempunyai hubungan dengan Pakatan Harapan.
"Mereka (PAS) tidak mempunyai hubungan dengan DAP dan ini adalah tindakan asas mereka untuk bekerjasama dengan UMNO dan BN," katanya.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 12 daripada 13 Kawasan PAS di Pulau Pinang telah mengemukakan usul kepada parti itu untuk meminta kepimpinan pusat memutuskan hubungan dengan PKR.
Sementara itu, Lim juga mengumumkan pelantikan Dr Saw Leng Guan sebagai kurator baharu Taman Borani Pulau Pinang secara kontrak selama dua tahun, berkuat kuasa 1 April.
Beliau juga menyuarakan keyakinan penuhnya terhadap kemampuan Saw, bekas felo penyelidik di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, untuk memulihkan keadaan taman botani bersejarah itu, yang diasaskan pada 1884 dan merupakan antara taman botani tertua di Asia Tenggara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2017
GUAN ENG: Saya tak boleh umumkannya sekarang, kami akan umumkan bersama-sama pemimpin Pakatan Harapan yang lain. -Gambar fail
Piala Thomas: 'Kemenangan ke atas Hong Kong lonjak keyakinan' - Jun Hao
Kem perseorangan negara Piala Thomas 2024 berjaya membuktikan kemampuan mereka, sekurang-kurangnya selepas mengetepikan pemain Hong Kong dalam aksi pembukaan Kumpulan D hari ini.
Dua cedera ambulans jatuh gaung
Dua individu cedera apabila sebuah ambulans terbabas dan jatuh ke dalam gaung setinggi enam meter di Simpang Tiga Sungai Lui Jalan Sungai Lalang.
Konsulat Malaysia rancang program PKS di Pontianak
Program itu termasuk pameran, seminar dan dialog dijangka akan diadakan pada bulan Julai atau Ogos tahun ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak dinasihat elak provokasi, 3R - Saifuddin Nasution
Semua pihak diingatkan agar tidak menimbulkan sebarang unsur provokasi termasuk memainkan isu 3R sepanjang PKR Kuala Kubu Baharu.
AWANI Ringkas: DAP sukar raih undi Melayu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Semua pihak diingat tidak sentuh 3R - Fahmi
Semua pihak diingatkan untuk berhati-hati dan tidak memainkan isu kaum, agama dan institusi raja (3R), terutama di platform media sosial, sepanjang tempoh berkempen PRK KKB.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'Punca DAP pertaruh calon Cina'
Sukar untuk meraih undi Melayu didakwa menjadi punca DAP mengekalkan strategi dengan mempertandingkan calon berbangsa Cina pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Pemandu peribadi ditahan belasah individu hingga pengsan
Seorang lelaki dibelasah sehingga tidak sedarkan diri dalam satu kejadian di tepi Jalan Memanda 9, Jalan Ampang, Ampang Jaya pada Jumaat.
Polis cari tiga individu simbah cat merah di restoran nasi kandar
Polis sedang mengesan tiga individu yang terlibat perbuatan khianat dengan melemparkan cat merah di sebuah restoran nasi kandar di Taman Machang Bubok Khamis lalu.
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Kes Guan Eng: BUCG tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat sedia dokumen RFP - Saksi
Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa syarikat Beijing Urban Construction Group Sdn Bhd (BUCG) tidak sepatutnya terlibat dalam mesyuarat atau perbincangan bagi penyediaan dokumen permintaan untuk
Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong
Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pakatan Harapan belum putuskan anggota jawatankuasa penaja - Guan Eng
Setakat ini, belum ada pengesahan mengenai senarai anggota jawatankuasa penaja itu, yang akan dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS).
'PKR tolak PRN Pulau Pinang kerana rakyat cemuh DAP' - Syed Ali
Pakatan pembangkang sebenarnya tidak yakin memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang jika diadakan secara mengejut seperti yang dicadangkan DAP.
Hina Aidilfitri: 'Kenapa Mat Sabu diam sahaja?' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO hairan dengan sikap membisu Presiden PAN, Mohamad Sabu terhadap tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming dalang api perkauman negara' - Pemuda UMNO
Pemuda UMNO mendesak anggota Parlimen Taiping, Nga Kor Ming meminta maaf secara terbuka di atas perbuatannya yang memuat naik lukisan karikatur di akaun Facebooknya yang menghina Aidilfitri.
'Kor Ming hina Aidilfitri, mahu alih isu Guan Eng' - Armand
Tindakan Nga Kor Ming yang memuat naik status dalam akaun Facebook miliknya yang menghina sambutan Hari Raya Aidilfitri dilihat cubaan mengalih pandangan rakyat dalam isu rasuah Lim Guan Eng.
Debat Taman Manggis: 'Kenapa perlu berdalih?' - Guan Eng
Lim Guan Eng menegaskan bahawa pencabarnya, Datuk Abdul Rahman Dahlan tidak mempunyai sebab untuk tidak mengadakan debat pada 16 April ini.
#ICYMI: Berita pilihan pengarang (14 - 20 Mac, 2016)
Berikut adalah berita pilihan pengarang Astro AWANI bagi minggu bermula 14 sehingga 20 Mac.
Jangan 'double standard' Guan Eng dengan Khir Toyo - Syed Rosli
SPRM diminta menyiasat kontrak pembelian banglo Ketua Menteri Pulau Pinang sama seperti prosedur yang dijalani bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli banglonya di Shah Alam.