YAN: Ahli Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin berharap negara tidak lagi berhadapan dengan ketidaktentuan politik seperti sebelum ini susulan pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Zahidi yang diumum sebagai Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia oleh Ismail Sabri pada Jumaat berkata, tumpuan di bawah kerajaan baharu kini adalah untuk membantu rakyat yang dibebani masalah ekonomi dan penularan COVID-19.
"Jadi dalam keadaan sekarang ini kita minta ahli politik tidak menimbulkan masalah politik macam benda yang lepas, kita sudah ada kerajaan dan perdana menteri yang baharu dan kabinet baharu.
"Kita harap dalam masa terdekat ini cubalah memberi sokongan, memberi kerjasama supaya kita dapat menyelesaikan masalah rakyat," katanya kepada pemberita di sini semalam.
Pada Jumaat, perdana menteri mengumumkan senarai jemaah menteri dan timbalan menteri baharu yang akan mengangkat sumpah di Istana Negara Isnin ini.
Terdahulu, Zahidi menyampaikan sumbangan daripada Kementerian Komunikasi dan Multimedia kepada mangsa yang terjejas banjir ekoran fenomena kepala air selain menyertai program gotong-royong bersama penuntut Universiti Teknologi Mara membersihkan kawasan yang terjejas.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Kerajaan pusat salur bantuan segera RM75 juta
Zahidi berkata sumbangan itu merupakan cerminan semangat "Keluarga Malaysia", konsep yang digagaskan Perdana Menteri bagi membantu penduduk di daerah ini yang terjejas dengan musibah itu.
"Kita harap banyak lagi sumbangan yang akan sampai di sini untuk membantu, sebab di sini ramai yang terlibat dengan masalah banjir," katanya.
Bencana banjir ekoran fenomena kepala air pada petang 18 Ogos lepas mengorbankan enam nyawa dan menyebabkan kira-kira 800 rumah terjejas di Daerah Yan dan 200 lagi di kawasan Merbok di Daerah Kuala Muda.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 28 2021
ZAHIDI: Dalam keadaan sekarang, kita minta ahli politik tidak menimbulkan masalah politik macam yang lepas, kita sudah ada kerajaan dan perdana menteri yang baharu, dan kabinet baharu. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar sertai PKR, visi perkukuh parti di Perlis
Zahidi berkata permohonan beliau untuk menjadi ahli PKR turut mendapat restu daripada pimpinan tertinggi parti berkenaan.
Zahidi hantar borang keahlian tapi bukan Pas, PN
Bekas Ahli Parlimen Padang Besar, Datuk Zahidi Zainul Abidin mengesahkan telah menghantar borang keahlian untuk memohon menyertai sebuah parti, namun bukan Pas.
Saya masuk PH bukan nak jadi ketua - Zahidi
Beliau berkata, bila saya dipecat saya tidak mahu bermusuh sebaliknya masih bersahabat dengan ahli-ahli UMNO yang lain.
PRU15: Shahidan, Ismail, Zahidi, Azhar dialu-alukan sertai Pas
Setiap calon terbabit memiliki kelebihan masing-masing dan Pas tidak menolak sekiranya pemimpin berkenaan berminat untuk menyertai parti itu atau mana-mana parti di bawah gagasan PN.
PRU15: UMNO gugur keahlian Shahidan, Zahidi, dua yang lain
Turut digugurkan Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Azhar Ahmad (DUN Kuala Perlis).
PRU15: 'Ribut politik Perlis', Shahidan sah di Arau, di mana Zahidi?
Sehingga ke saat ini, kedudukan Zahidi Zainul Abidin masih menjadi tanda tanya.
PRU15: UMNO Padang Besar tak setuju calon 'payung terjun', Zahidi tawar diri
Penyandang kerusi Parlimen Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin akan mempertahankan kerusi parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Kurangkan beban pemuzik jalanan, K-KOMM akan bincang dengan beberapa kementerian
Perbincangan melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
PRU15: Kedudukan Shahidan, Zahidi diketahui hari ini atau esok
Sebelum ini, timbul desas-desus Azlan yang juga Menteri Besar akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
PRU15: Bincang dengan CSM usaha cegah pencerobohan siber semasa pilihan raya
Ia sebagai antara langkah untuk mendepani cabaran pencerobohan siber ketika musim Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).