awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
Penerbangan di lapangan terbang Berlin digantung akibat ais hitam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu

Bernama
Bernama
17/04/2019
12:03 MYT
Zahir dikatakan dilihat di Bandar Tasik Selatan - Ibu
Kanak-kanak yang lebih mesra dengan panggilan Zahir dalam kalangan ahli keluarganya itu dilapor keluar dari rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, Isnin untuk bermain.
Muhammad Zahiruddin Putra Mohd Fauzi, kanak-kanak lapan tahun yang dilapor hilang Isnin lepas, setelah keluar dari rumahnya di Bandar Seri Putra, Bangi, didakwa dilihat orang awam di Bandar Tasik Selatan, di sini.
Ibu kanak-kanak berkenaan, Sainih Sunding, 46, berkata anak bongsu daripada lima beradik itu didakwa dilihat oleh seorang pemandu teksi wanita ketika dia mahu memasuki tandas awam di sekitar Bandar Tasik Selatan.
"Saya dapat maklumat mengenai seorang kanak-kanak seiras Zahir dilihat di sebuah tandas awam di sekitar Bandar Tasik Selatan oleh seorang pemandu teksi wanita melalui Facebook.
“Menurut maklumat itu, Zahir dikatakan cuba masuk ke dalam tandas wanita sebelum ditegur oleh pemandu teksi berkenaan,” katanya ketika ditemui pemberita.
Sainih berkata pemandu teksi itu tidak mengesyaki apa-apa sebelum ternampak maklumat mengenai kehilangan Zahir yang dilihat seperti kanak-kanak lelaki ditemui di tandas itu.
“Saya tidak tahu sama ada maklumat itu sahih atau sebaliknya, kerana belum ada perkembangan terbaru dimaklumkan mana-mana pihak kepada kami (ahli keluarga).
“Saya keluar berseorangan dari rumah seawal 7 pagi tadi untuk meneruskan pencarian anak saya di sekitar kawasan Bandar Seri Putra dengan menaiki bas dari Bandar Seri Putra ke Bandar Bukit Mahkota sehingga ke Nilai, Negeri Sembilan," katanya.
Sementara itu, bapa kanak-kanak berkenaan Fauzi Abdul Ghafar, 45, berkata beliau masih tidak berhenti mencari anaknya di sekitar kawasan kediaman mereka sejak anaknya itu hilang.
“Saya cuba kuatkan diri untuk terus cari Zahir walaupun badan sudah mula penat...kami juga buat solat hajat mohon Zahir ditemui segera,” katanya.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bangi Rosman Majid berkata pihaknya menghantar sepasukan anggota bersama sebuah jentera bagi membantu usaha mencari kanak-kanak itu.
“Bomba Selangor sudah berada di Sungai Semenyih-Dengkil, kira-kira 300 meter dari pangsapuri kediaman Muhammad Zahiruddin...buat masa ini pasukan di lokasi sedang menunggu sebuah bot dari balai Shah Alam yang akan diguna untuk pencarian sepanjang tebing sungai,” katanya.
Kanak-kanak yang lebih mesra dengan panggilan Zahir dalam kalangan ahli keluarganya itu dilapor keluar dari rumahnya kira-kira pukul 8 pagi, Isnin untuk bermain, dan sejak itu tidak pulang ke rumah menyebabkan keluarganya membuat laporan polis.
Pencarian kanak-kanak itu hari ini turut dibantu sepasukan anggota polis dari Unit K9 (Unit Anjing Pengesan) dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) KLIA sejak jam 12 tengah hari tadi bagi mengesan jejak kanak-kanak berkenaan di sungai berhampiran rumahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Tasik Selatan
#budak hilang
#Kanak-kanak
#kanak-kanak hilang
#Muhammad Zahiruddin Putra
#Sainih Sunding
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan