awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22

Bernama
Bernama
07/03/2024
10:51 MYT
Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7, RM12.50, RM22
Penetapan kadar itu berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.75 kilogram. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menetapkan tiga kadar zakat fitrah iaitu RM7, RM12.50 dan RM22 pada tahun ini.
MAINS dalam kenyataan hari ini memaklumkan penetapan itu berdasarkan kajian harga beras mengikut gred dan jenis yang dimakan oleh kebanyakan penduduk Islam di Negeri Sembilan pada kadar timbangan satu gantang bersamaan 2.75 kilogram.
"Pewartaan kadar zakat fitrah ditetapkan RM7 untuk pengguna beras jenis Super Special Tempatan lima peratus, RM12.50 bagi pengguna beras Super Import, Super Wangi dan Herba Ponni manakala RM22.00 pada pengguna beras Super Basmathi," menurut kenyataan itu di sini hari ini.
Bagi memenuhi keperluan masyarakat Islam menunaikan ibadah itu, MAINS menyediakan kaedah pembayaran bersemuka dan secara dalam talian termasuk kaunter zakat MAINS, menerusi 1,250 Amil Zakat Fitrah yang ditauliah MAINS atau di www.zakatns2u.biz/fitrah, MAINS Pay serta JomPAY.
Menurut MAINS, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau permasalahan berkaitan boleh menghubungi talian MAINS di 06-7651402 atau laman sesawang www.mains.gov.my
Selain itu, MAINS turut memaklumkan akan membelanjakan sehingga lebih RM17 juta wang zakat untuk pelbagai jenis bantuan termasuk kepada fakir, miskin dan barangan keperluan asas asnaf sepanjang Ramadan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Negeri Sembilan
#zakat fitrah
#2024
#MAINS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan