awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
Turkiye henti eksport ayam itik untuk stabilkan pasaran domestik
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zalina Azman dipercayai masih berada dalam negara - Polis

Bernama
Bernama
20/07/2022
05:23 MYT
Zalina Azman dipercayai masih berada dalam negara - Polis
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan. - Gambar fail
SHAH ALAM: Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman yang dilaporkan hilang sejak November tahun lepas dipercayai masih berada dalam negara.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata ia susulan setelah pihaknya mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Imigresen.
Mohd Iqbal berkata setakat ini pihaknya turut mengesahkan bahawa tidak ada sebarang laporan polis dibuat oleh orang awam selepas hebahan berhubung kehilangan Zalina Shaharah, 58, dilakukan polis.
Pagi tadi sebuah portal hiburan tempatan melaporkan terdapat individu yang mendakwa melihat seorang wanita seperti Zalina Shaharah pada Ahad lepas menerusi Twitter miliknya, Mosyuki Borhan.
Wanita yang didakwa mirip Zalina Shaharah itu muncul di kafe miliknya di Seksyen 9, dekat sini kira-kira 1 tengah hari dalam keadaan seperti cemas dan menggigil ketakutan.
Isnin lepas, Mohd Iqbal dalam satu kenyataan berkata pihaknya menerima laporan daripada anak lelaki Zalina Shaharah, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 Nov tahun lepas.
Zalina Shaharah dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zalina Azman
#hilang sejak Nov 2021
#Mosyuki Borhanb
#kafe di Seksyen 9
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan