awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi

Bernama
Bernama
08/04/2025
23:20 MYT
Zambry ke Turkiye, Arab Saudi, perkukuh kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi
Zambry akan memulakan lawatan kerjanya ke Turkiye dengan menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertemakan Advancing Collaboration in a Changing Higher Education Landscape pada Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Eurasia ke-10 (EURIE) 2025.
PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memulakan lawatan kerja rasmi ke Istanbul, Turkiye dan Riyadh, Arab Saudi bermula semalam (Selasa) hingga 14 April, bagi memperkukuh jaringan strategik dan kerjasama dua hala dalam sektor pendidikan tinggi.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam kenyataan memaklumkan, lawatan kerja itu juga sebagai usaha strategik untuk meletakkan pendidikan tinggi Malaysia di pentas global selain memperkukuh potensi negara sebagai pemain utama sektor ini.
Menurut KPT, Zambry akan memulakan lawatan kerjanya ke Turkiye dengan menghadiri dan menyampaikan ucaptama bertemakan Advancing Collaboration in a Changing Higher Education Landscape pada Sidang Kemuncak Pendidikan Tinggi Eurasia ke-10 (EURIE) 2025.
"Ia merupakan persidangan dan pameran pendidikan tinggi antarabangsa tahunan yang menghubungkan sektor pendidikan tinggi dari rantau Eurasia dengan rantau lain di dunia," menurut kenyataan itu.
KPT memaklumkan, Zambry akan turut mengadakan kunjungan hormat terhadap Presiden Majlis Pendidikan Tinggi (YOK), Prof Dr Erol Ozvar dan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia-Turkiye bagi merangka peluang kerjasama institusi pengajian tinggi.
Sepanjang di Istanbul, Zambry turut mengadakan lawatan ke Program Luar Pesisir Universiti Sains Malaysia (USM) dan ke Istanbul Technical University (ITU) selain dijadualkan menyantuni para pelajar dan alumni Malaysia di Istanbul bagi bertukar pandangan berhubung hala tuju pendidikan tinggi Malaysia.
Bagi lawatan kerja ke Riyadh, KPT memaklumkan, Zambry telah dijemput oleh Kerajaan Arab Saudi untuk menghadiri Persidangan Human Capability Initiative (HCI) 2025.
Beliau akan turut menyertai sesi meja bulat menteri-menteri dan perbincangan panel yang turut dihadiri Menteri Pendidikan Tinggi dari 16 negara lain.
HCI dijangka membincangkan literasi kecerdasan buatan (AI), pembangunan kemahiran sejajar pasaran buruh, serta pembelajaran sepanjang hayat.
"Menteri akan mengakhiri lawatan kerja ke Arab Saudi dengan mengadakan kunjungan hormat terhadap rakan sejawatnya, iaitu Menteri Pendidikan Arab Saudi, Yousef Al-Benyan.
"Semasa pertemuan itu, kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha-usaha untuk memantapkan kerjasama dalam ekosistem pendidikan tinggi antara Malaysia dengan Arab Saudi," menurut kenyataan itu.
KPT menjelaskan, lawatan kerja itu dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab pendidikan tinggi serantau dan antarabangsa selain membina kerjasama global dalam memperkasakan sistem pendidikan yang responsif terhadap perubahan landskap global.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zambry Abdul Kadir
#lawatan kerja
#sektor pendidikan tinggi
#Kementerian Pendidikan Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan