awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zambry minta pihak berkuasa kekang tindakan berani tonto

Bernama
Bernama
04/11/2015
23:54 MYT
Zambry minta pihak berkuasa kekang tindakan berani tonto
Beliau berkata kerajaan negeri kini memantau perkara itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu bagi menanganinya. - Gambar Fail
Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir Rabu menggesa pihak berkuasa mencari jalan bagi mengekang tindakan berani segelintir 'tonto' yang dilihat mengekori kenderaan agensi penguat kuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara terbuka.
Beliau berkata tindakan itu bukan sahaja boleh mengganggu-gugat kakitangan awam dalam menjalankan tugas mereka malah dilihat mendatangkan ancaman keselamatan kepada pengguna jalan yang lain.
"Baru-baru ini saya menyaksikan dengan mata kepala saya sendiri selama 25 minit, kenderaan yang disyaki dinaiki tonto mengekori kenderaan JPJ yang sedang bertugas dengan begitu rapat, dan bila kereta JPJ berhenti atau memotong kenderaan lain, ia turut berbuat perkara sama dalam jarak yang begitu dekat.
"Keadaan tersebut amat menakutkan kerana boleh membahayakan pengguna jalan yang lain dan jika ia berterusan, tidak mustahil kakitangan awam terbabit akan berasa terganggu seterusnya gagal menjalankan tugas dengan baik," katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco pada Rabu.
Beliau berkata kerajaan negeri kini memantau perkara itu dan berharap pihak yang bertanggungjawab dapat berbuat sesuatu bagi menanganinya.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pengangkutan Jalan
#penguat kuasa
#tonto
#Zambry Abdul Kadir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan