awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Zamri Zainal Abidin dilantik CEO baharu Yadim

Bernama
Bernama
15/02/2023
11:23 MYT
Zamri Zainal Abidin dilantik CEO baharu Yadim
Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin (kanan) dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
PUTRAJAYA: Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri Zainal Abidin dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Yadim menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, pelantikan Zamri adalah bagi menggantikan Tuan Kamarul Arief Tuan Soh yang telah memegang jawatan itu sejak 2019.
Menurut Yadim, Zamri yang berkelulusan Universiti Al-Azhar berpengalaman luas dalam pentadbiran awam kerana pernah bertugas di beberapa agensi kerajaan sebelum ini.
Kenyataan itu memaklumkan, sebelum dilantik sebagai Pegawai Tugas-tugas Khas kepada Perdana Menteri, Zamri pernah menjawat jawatan Setiausaha Kanan kepada Exco Agama Islam di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor dan Pegawai Khas Hal Ehwal Islam kepada mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Penerbit Rancangan Kanan Radio Ikim.FM di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)," menurut kenyataan itu.
Yadim berharap pengalaman Zamri dapat memacu yayasan itu selaku agensi peneraju gerakan dakwah bagi menjayakan peranan menyebar luas rahmah Islam selaras konsep Malaysia Madani.
Konsep Malaysia Madani diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 19 Jan lepas, diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zamri Zainal Abidin
#CEO Yadim
#Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia
#Tuan Kamarul Arief Tuan Soh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan