Bekas kapten Negeri Sembilan FC (NSFC), Zaquan Adha Abdul Razak mengumumkan persaraannya selepas kontraknya tidak disambung.
Menerusi video yang tular di media sosial, suami kepada pelakon Ayu Raudhah itu dilihat menangis dan berkata ia bukanlah pengakhiran yang diidamkan. Sekali gus membuatkan ramai penyokongnya sebak.
Bagaimanapun, Zaquan menjelaskan tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi perkataan 'bersara'.
"Mungkin ada orang tak faham saya menangis bukan sebab tak boleh terima (kontrak tak disambung) tapi sebab perkataan keluar daripada mulut saya iaitu 'bersara', perkataan paling sedih buat semua pemain bola sepak sebab sukan ini adalah jiwa saya.
"Saya menangis bukan kerana kontrak tak disambung, saya percaya pada rezeki Allah. Saya duduk kat rumah pun ada rezeki juga. Saya menangis tu kerana sayangkan dunia bola sepak saya.
"Saya doakan yang terbaik untuk pasukan bola sepak Negeri Sembilan, apa yang saya boleh bantu daripada pengalaman insya-Allah saya boleh bantu dari belakang," ujarnya kepada Gempak.
Zaquan ditemui pada majlis Grand Iftar bersama asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada Isnin.
Tambah Zaquan, dia akan mempertimbangkan beberapa tawaran lain termasuk pilihan untuk berkecimpung dalam kejurulatihan bola sepak.
"Perkataan bersara dah keluar daripada mulut saya, maksudnya saya akan bersara daripada bermain bola sepak tapi mungkin saya boleh ke bidang kejurulatihan. Untuk ke arah itu saya perlu mula balik dari bawah. Saya perlu fikirkan faktor kewangan juga dan masih mempertimbangkan.
"Apapun, bola sepak tetap dalam hati saya," ujarnya.
Akuinya, beberapa tawaran kontrak baharu diterima daripada pasukan lain, namun dia memilih untuk membantu isterinya berniaga buat masa sekarang.
"Ada juga pasukan lain yang tawarkan saya kembali beraksi tapi saya perlu fikirkan masa depan sebab tawaran itu melibatkan lokasi jauh.
"Saya perlu berbincang dengan isteri sebab apabila dah bukan pemain bola sepak gaji akan berbeza. Itu yang saya perlu manage.
"Jadi mungkin perlu buka lembaran baharu sebagai jurulatih atau usahawan. Yang penting nak tenang daripada dunia bola sepak.
"Buat masa sekarang, saya bantu isteri berniaga dan menjadi penjual sambal," katanya.
Gempak
Wed Mar 20 2024
Zaquan menjelaskan perasaan sedihnya kerana perlu bersara dari bermain bola sepak ketika ditemui bersama isteri pada majlis Grand Iftar bersama asnaf anjuran GNI Pharma Sdn Bhd di Kuala Lumpur pada Isnin. - Foto Gempak
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Zaquan Adha bukan menangis sebab tak sambung kontrak, tetapi...
Zaquan menjelaskan, tangisannya itu bukan kerana ditamatkan kontrak tetapi kerana terpaksa menggunakan perkataan 'bersara'.